Jebat Mengadu Tangan ‘Rosak’, Gelagat Si Kecil Ini Undang Tawa Ramai!

Gelagat anak kepada pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad dikenali sebagai Jebat Jayden ini sering sahaja mencuit hati ramai. Anak kecil ini memiliki personaliti agak menarik dan juga kelakar orangnya. Tidak dibuat-buat dan semua perbuatannya nampak ikhlas sangat.

Malah telatah Jebat Jayden juga sering dimuat naik rakamannya menerusi media sosial. Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Jebat Jayden datang kepada neneknya mengadu tentang tangannya telah mencuri perhatian warganet.

 

Keadaan tangan Jayden yang ditunjukkan
Keadaan tangan Jayden yang ditunjukkan

Dalam rakaman tersebut kedengaran Jebat yang membahasakan dirinya baby mengadu tangannya ‘rosak’. Ingatkan apalah yang jadi, rupa-rupanya tangan Jebat ‘kecut’ kerana terlalu lama berendam dalam air. Bukan sekadar mengadu, anak lelaki ini sempat merengek kerisauan melihatkan keadaan tangannya itu.

Berikut adalah perkongsian rakaman Jebat mengadu tangan ‘rosak’ yang dimuat naik menerusi akaun TikTok noorkartini66:

Pautan Video :

Aduhai Jebat, Jebat! Risau betul dia dengan keadaan tangan dia tu. Apa-apa pun perkongsian rakaman Jebat mengadu tangan ‘rosak’ ini telah meraih lebih dua juta tontonan dan 237 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha tak tahu lah nak gelak ke nak kesian. Drama betullah anak mamu ni”

Tangan Jebat rosak 4

“Hahaha gaya memek muka dengan suara tu sebijik ayahnya”

Tangan Jebat rosak 3

“Lapor dengan baba lah..Nanti baba ganti”

Tangan Jebat rosak 2

“Tu la mandi lama sangat..Kan dah rosak tangan tu”

Tangan Jebat rosak 1

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*