Pelakon Akui Menyesal ‘Abaikan’ Anak, Cemburu Bila Anak Lebih Rapat Dengan Bapa Tiri

Pelakon Indonesia, Galih Ginanjar menerusi laporan Tribun News, mengaku rasa cemburu dengan keakraban anaknya, Raja Faaz bersama bapa tiri, Sonny Septian.

Rasa menyesal mensia-siakan…

Foto: Tribun News

Pelakon drama Pelangi ini, akui menyesal mensia-siakan anaknya dan menjelaskan kanak-kanak berusia 10 tahun itu lebih rapat dengan Sonny Septian berbanding dirinya. Walaupun mempunyai sedikit rasa cemburu dengan perkara tersebut namun ia sama sekali tidak menjadi masalah bagi Galih Ginanjar.

Dia bagaimanapun gembira melihat hubungan rapat antara anaknya dengan Sonny Septian dan meluahkan rasa syukur berikutan Raja Faaz mempunyai seorang bapa yang baik.

“Maknanya Faaz mendapat kasih sayang, keselesaan, dan keikhlasan daripada Sonny. Sonny sangat menyayangi Faaz dengan ikhlas, begitu juga dengan Faaz menerimanya.”

Dalam pada itu, pelakon ini turut berharap hubungan dia dan anaknya akan menjadi lebih baik pada masa akan datang

“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan cuba menjadi seorang yang lebih baik, melupakan masa lalu, dan melihat ke masa depan.”

Terdahulu, Galih Ginanjar pernah mencetuskan kontroversi panas susulan didakwa menyamakan bahagian sulit bekas isterinya Fairuz A. Rafiq dengan bau ikan masin.

Susulan daripada kejadian itu, Fairuz A. Rafiq menjelaskan dirinya masih trauma dan takut untuk meneruskan karier dalam industri seni.

Sumber: Tribun News

 

Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*