Wanita rimas suami selalu diganggu BFF berstatus isteri orang, asyik kena dengar ‘drama’ rumah tangga perempuan lain

SERAPAT mana jua hubungan persahabatan antara seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya wajib menjaga batas pergaulan lebih-lebih lagi bagi yang beragama Islam.

Bagi yang sudah berumah tangga dan berkeluarga, keakraban hubungan antara dua sahabat lelaki dan wanita juga perlu ada hadnya bagi mengelakkan fitnah dan curiga pasangan masing-masing.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita yang terjebak dalam situasi sama meluahkan perasaan dan meminta pandangan warganet mengenai penyelesaian di atas masalah yang dihadapinya.

“Suami saya ada kawan perempuan yang memang rapat sejak zaman study. Perempuan tu dah berkahwin dan ada anak.

“Saya kenal dan pernah juga jumpa setiap kali ada event. Cuma saya kurang selesa apabila dia selalu WhatsApp dan call suami saya untuk cerita masalah dia, masalah kerja atau pun personal untuk minta pendapat,” tulisnya menerusi Direct Message kepada laman Twitter @twtmalaywedding.

suami bff 1

Perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @twtmalaywedding.

Menurut pelayar berkenaan, situasi berkenaan bukanlah baharu berlaku sebaliknya ia sudahpun dikesan ketika awal perkahwinannya dengan suami.

Actually dari awal kahwin lagi dah nampak mereka selalu WhatsApp dan beberapa kali dah nampak kawan dia (suami) tu call.

“Nampak la suami saya tak selesa nak jawab depan saya. Conversation mereka biasa-biasa je.

“Cuma saya tak selesa sebab saya rasa saya sendiri tak ada buat drama dengan suami sendiri. Tapi suami saya kena dengar masalah drama perempuan lain pula,” tulisnya lagi.

suami bff 2

Wanita tersebut enggan berterus terang kepada suaminya kerana bimbang situasi menjadi semakin buruk. (Gambar hiasan.)

Ujarnya lagi, dia pernah terfikir untuk berterus terang dengan suaminya mengenai apa yang terbuku di dalam hati, bagaimanapun ia terbantut kerana mahu mengelakkan situasi menjadi semakin buruk.

“Saya boleh jujur dengan suami, cuma saya sangat takut kalau lepas ini dia sembunyikan semua hal daripada pengetahuan saya,” tulisnya lagi.

Menjengah komen netizen, ruangan tersebut ‘meriah’ dengan pelbagai pandangan dan reaksi malah ada yang turut berkongsi kisah hampir sama membabitkan pasangan atau kenalan masing-masing.

“Masa jadi RA (research assistant) dulu, supervisor aku selalu luah perasaan dekat student perempuan dia fasal masalah rumah tangga. Student tu acah-acah memahami, dan last last dua ekor tu bercinta. Sudahnya aku pula jadi tempat korek info bini dia,” .

komen

Antara komen dan pandangan yang dilontarkan netizen.

“Apa guna ada suami sendiri kalau tak boleh jadi BFF juga. Inilah kesilapan ramai isteri yang sengaja menempah dosa bila tak tahu batas hukum,” .

“Kalau your husband sayangkan rumah tangga korang, suruh dia block perempuan tu. Jujur je dengan dia. My husband pernah juga ada BFF perempuan tapi dia jujur dengan that girl yang mereka dah ada life masing-masing so kena stop contact untuk hormat perasaan pasangan masing-masing,”.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*