Penonton Sifatkan Penceritaan Drama Pok Ya Cong Codei Tergantung, Ini Ulasan Sabri Yunus

KUALA LUMPUR : Pelakon berpengalaman, Sabri Yunus, 60, menepis pandangan sebilangan penonton yang menyifatkan penceritaan drama terbarunya, Pok Ya Cong Codei Memburu Siti sebagai tergantung.

Menurut Sabri, pandangan tersebut tidak benar dan penceritaan drama itu sebenarnya telah tamat.

“Pada yang kata cerita tergantung, saya tak setuju. Sebabnya cerita tidak tergantung. Sebuah cerita tamat dengan muncul cerita baharu. Ini benar dan bagus. Bukan istilah tergantung.

“Saya harap orang boleh faham dengan ini. Cerita tak tergantung, dia habis. Cerita macam kehidupan. Dia berhenti bila sampai waktunya yang kita tak pernah tahu.

“Apakah ia tergantung? Okey. Contoh budak main basikal lajak, keluar rumah dengan seronok. Tiba-tiba di selekoh mati dilanggar kereta. Dia belum siap kerja sekolah yang cikgu suruh hantar esok, maka endinglah budak itu. Apakah tergantung endingnya?” katanya.

Dalam pada itu Sabri memaklumkan kemungkinan dia akan menghasilkan lagi cerita itu di masa akan datang.

“Kemungkinan saya akan buat lagi cerita ini. Tapi bukan sambung cerita ini. Buat lagi dan sambung juga berbeza.

“Macam saya tak sambung cerita Family Datuk Sahak, sebab cerita mereka sudah habis. Begitu juga dengan memburu Siti, dah habis.

“Saya juga mungkin ada banyak lagi pencak yang boleh saya bersilat atau dalam gelanggang Pok Ya. Semasa saya buat Pok Ya yang pertama dulu saya dah bayangkan apa yang seterusnya. Insya- Allah akan saya teruskan cerita watak-watak ini,” katanya lagi.

CATATAN TENTANG POK YA CONG CODEI: MEMBURU SITI

“Saya bukan pentaksub filem atau drama. Tetapi sejak Sabri Yunus dilihat berjaya menghidupkan realiti kehidupan orang pantai timur dalam naskah dramanya, saya mula menikmati sebuah kehilangan itu.

“Istilah ‘drama’ yang merujuk kepada perkataan ‘dran’ dalam konteks yang mudah ialah ‘lakon’ atau melakonkan apa-apa yang dilihat dalam persekitaran seharian. Dan, tentunya perkataan ‘lakon’ pula jika dibahasakan daripada kaca mata ilmiah akan merungkai kepada konsep yang lebih luas bentuk, jenis dan sifatnya. Saya tinggalkan konsep ilmiah itu.

“Di tangan Sabri Yunus (Sabrii Ibn Yunus), relaiti sosial lebih menjadi sentuhan yang sangat dekat kepada jiwa masyarakat. Selama ini, saya sangat-sangat dahagakan cerita yang merakyat sebegini. Kisah yang tidak diolah daripada momokan terhadap kekayaan, kemewahan dan kerakusan akhlak Melayu sehingga seakan-akan tidak membekas di dalam jiwa penonton. Sudah sampai masanya, hidangan latar, plot dan perwatakan yang keterlaluan hingga tidak berpijak di bumi nyata itu difikirkan kesudahannya supaya menonton drama itu bukan seperti meneguk kopi ‘o’ cair dan tawar.

“Saya mengikuti sejarah lakonan Sabri Yunus sejak dari pementasan teater, sitkom komidi dan drama sehinggalah dirinya berani mengorak langkah menjadi pengarah/ peran/ penukang produksi drama.

“Sebagai penonton, saya sentiasa inginkan cerita yang dapat menggugah minda dan rasa. Cerita yang mengolah protes terhadap keadaan masyarakat semasanya yang dapat lari daripada hakikat diri dan keduanya menjadi materialis (era diktonomi bandar/desa, yakni desa bersimbolkan tradisi, kesucian, asli dan keamanan, sementara bandar bersimbolkan material, kejahatan, kedurjanaan, dan kegolakan atau sebuah fatal).

“Semoga selepas ini Sabri Yunus dapat mengembalikan dan mengubat kerinduan saya terhadap realiti yang dilakonkan oleh Rahim Razali, Ahmad Yatim, Khalid Saleh, Jins Shamsudin, dan lain-lain. Mudah-mudahan juga, perkara ini dapat diikuti oleh pengarah-pengarah lain seterusnya membuang kenderungan ‘mentaliti kapitalis’ daripada bayang-bayang inderaloka drama/ filem Melayu. Ah, cukuplah!

“(Saja nak bagi tahu kawan-kawan, yang Pok Ya dan Muda Primula ini sahabat ambo. Syed Mohd Zakir dan Ridzuan Harun jangan le cemburu. Bulan ramadan ni kenalah banyak insaf.)

Sinopsis

Drama bersiri Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti mengisahkan kejadian yang berlaku selepas Siti menghilangkan diri.

Pok Ya tidak pernah berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya.

Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.

Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti mula disiarkan pada 21 Mac 2022 di Astro Ria. Drama karya Sabri Yunus ini turut melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi.

pok ya cong codei memburu siti (episode 16 ahkir)

 

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*