“Muka Rayyan Sama Mcm Abah..”- Siti Nordiana Menyakat Anak, Ini Respons Rayyan Buat Semua Sayu

Menerusi satu klip yang menceritakan kisah selebriti terkenal iaitu Siti Nordiana  dengan anak sulungnya iaitu Rayyan hasil perkahwinan beliau dan arwah suaminya. Ketabahan beliau dalam menjaga anak beliau setelha kehilangan suami mendapat perhatian semua kerana wajah anak kesayangan beliau memiliki rupa yang begitu iras dengan arwah suami beliau. Kini anak beliau meningkat dewasa dan kesunyian Nana terubat apabila dapat membesarkan anaknya Rayyan dengan begitu baik dan sihat sekali..

Difahamkan perkongsian rakaman tersebut adalah ketika mereka anak beranak sedang makan di ruang tamu dan Nana cuba untuk bergurau senda dengan anaknya yang sepertinya diam membisu. Beliau cuba membuka televisyen dan menyakat anak beliau dengan mengatakan bahawa pelakon yang berada di televisyen itu tidak ubah seperti anak beliau dan beliau berseloroh dengan anak beliau untuk mengamalkan diet yang seimbang. Perbualan tersebut menjadi sayu apbila Rayyan menyatakan bahawa beliau memiliki rupa bapanya dan riak wajah Nana berbuah yang menunjukkan betapa beliau merindui arwah suaminya itu.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti :

@ANGAH_MELAKA:nmpk sedih rayyan…tapi pandai dia sembuyikan kesedihan tu

@Angkol Moro:Bagi Saya..Muka Rayyan Lebih Kepada Muka Nana.

Mama : 60%

Bapa : 40%

@Razeef786:Faizal mmg pelakon yg hebat .. Alfatehah

@ :Serius wehh , nampak sangat kesedihan kak nana , nampak kerinduan dia dekat arwah… Alfatihah buat faizal yusuf

@sUkAshAre:yer..arwah tu mmg hensem dulu..suka tngok dia brlakon klakar

@misssuzy:selama ni aku ingt suami nana achik spin, rupanya faizal ni adui

@yatienan:dulu selalu gak usha2 arwah ni ms sy anak dara,arwah bujang lg….mstu sllu naik bas sm2 dgn arwah ms nk g kerja…tp arwah tak layan pun

@Ikha:nmpk muka rayyan rndu kn abah dy.. semoga arwah ditempatkn dikalangan org beriman.. semoga rayyan jdi ank soleh

@MizzDeana96:mmg minat sngt dgn arwah dlu suka tngok dia blakon lgi² drama zinadin zidan comel je dia jdi ppuan moga arwah tenang d sna..al fatihah d baca utknya.

Sifat Siti Nordiana yang tabah dan sabar dalam mendidik dan membesar anak kesayangan itu menjadi contoh untuk para ibu tunggal di luar sana. Walaupun beliau berperang dengan pelbagai emosi dan masih membina kerjayanya sebagai artis dan penyanyi, penjagaan beliau terhadap anak beliau dijaga dengan rapi. Kasih sayang dan amanat yang diberikan untuk beliau dijadikan satu punca kebahagiaan terbesar dalam hidup beliau walaupun hatinya yang sangat merindui arwah suaminya dan kini masih tidak mencari pengganti abah Rayyan.

 

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*