Guru Tanya Tentang Cita-Cita Anak Muridnya. Jawapannya Buatkan Cikgu Terpaku

“Siti, boleh cikgu tahu cita-cita awak apa?”‘

Soalan wajib ini sering kali diajukan guru ketika sesi perkenalan bersama murid-murid sewaktu pertama kali bersua muka di dalam kelas. Apabila mengimbau kembali, kadang-kala dua tiga kali soalan ini keluar dalam sehari kerana subjek pelajaran yang berbeza. Macam-macam jawapan juga yang diterima ada yang sampai di luar kotak.

Begitu juga dengan pengalaman seorang guru, Fathanah Nasir yang berkongsi kekagumannya terhadap cita-cita seorang anak muridnya yang ingin menjadi suri rumah tangga berpendidikan. Bukan calang-calang pemikiran anak seusia 8 tahun itu.

GURU KONGSI KISAH MURID TAHUN 2 CITA-CITA NAK JADI SURI RUMAH BERPENDIDIKAN MACAM IBUNYA

“Saya tertarik dengan cita-cita salah seorang murid saya (Tahun 2). Sedang rakan yang lain mahu bergelar guru, polis, askar dia pula mahu bergelar seorang suri rumah yang berpendidikan. Saya tanya kenapa? Lalu dia menjawab…

Bila saya jadi suri rumah yang berpendidikan maka saya mampu jadi semua yang dicita-citakan rakan lain. Saya boleh jadi guru, saya boleh jadi doktor, boleh jadi chef, saya boleh jadi security. Terdetik dalam hati, Ya Allah macam mana anak seusia ini mampu berfikir sedemikian?”

Gambar hiasan – WartaKota.TribunNews

“Bila saya tanya lagi, dari mana datangnya mimpi dan cita-cita itu? Dia jawab dari ibu dia. Dia puji kehebatan ibu dia yang mampu urus dia dan adik beradik termasuk ayahnya dengan bermacam pekerjaan dalam satu masa.

Katanya ibu yang gerak awal pagi ke sekolah, ibu yang gerak ayah kerja, ibu buatkan sahur, ibu periksa keadaan suhu badan kami, ibu semak kerja sekolah dan lain-lain. Ibu cakap kena belajar rajin-rajin boleh jadi macam ayah tapi saya nak jadi macam ibu!

Tambahnya lagi, saya percaya cita-cita ini cita-cita yang baik sebab ibu kata kalau buat perkara yang baik Allah sayang.

Dari jawapan murid ini saya teringat dengan petikan buku Memori Bukan Memoir dari Dr. Maszlee Malik yang mengambil kata dari Eleanor Roosevelt:

“Masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada keindahan mimpi mereka”.

Kata Dr. dalam penulisannya:

“Bermimpilah! Percayalah dengan keindahan mimpi dan aspirasi kita, pelajari daripada orang lain tentang cara melakukan sesuatu dan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjadikan semua yang kita impikan satu kenyataan”.

Apa pun cita-cita dan mimpi mereka, sebagai pendidik kita bantu realisasikannya. Beri tunjuk ajar, ilmu dan pendidikan yang cukup dan baik.

Semoga mereka membesar dengan penuh ilmu didada. Aamin!”

Sumber: Twitter Fathanah Nasir

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*