Alyah Kec3wa Tak Dapat 30 Pasang Baju Raya, Tok Ram Bagi 3 Je!

Penyanyi popular Datin Alyah mencuri perhatian ramai menerusi video TikTok mengenai permintaannya untuk memiliki 30 pasang baju raya pada tahun ini.

Kredit foto: IG Alyah

Sayangnya, impian tersebut lebur kerana menurut Alyah, suami tercinta iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram hanya membenarkan dia ada tiga pasang baju.

“Apabila Tok Ram kata baju raya tahun ini hanya tiga pasang dan saya pula sedaya upaya mengeluarkan air mata dengan ubat cecair mata,” kata pelantun lagu Kisah Hati itu.

Pautan Video

Tetapi jangan risau, itu hanyalah gurauan daripada Alyah yang berjaya membuatkan ramai netizen terhibur dengan ‘drama’ air mata tersebut.

“Letak ubat mata sebab nak buat-buat sedihlah tu,” gurau netizen.

“Tolonglah Tok Ram benarkan Alyah ada 30 pasang baju. Penat dia buat air mata palsu,” usik netizen.

 

 

 

Sumber:kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber:DNQ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*