Bapa baru meninggaI, Dr Maza terima panggilan dari Brunei walau arwh tak pernah ke sana… Mahu wakaf atas nama ayah

TIADA siapa yang dapat menduga kemurahan hati seseorang kerana ia adalah urusan Allah.

Demikian luahan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas tiga hari bapanya, allahy4rh4am Zainul Abidin Osman dijemput Ilahi.

Mohd Asri berkata, beliau dihubungi seorang individu dari Brunei yang meminta nama penuh bapanya kerana mahu mewakafkan wang untuk pembinaan masjid atas nama allahy4rh4am.

“Saya sangat bersyukur. Semalam seorang yang mulia daripada Brunei menghubungi saya meminta nama penuh ayahanda saya.

“Beliau beritahu saya yang beliau ingin mewakafkan wang untuk pembinaan masjid atas nama ayahanda saya,” coretnya ringkas di laman Instagram beliau, @drmaza_official pada pagi Sabtu.

Hantaran di Instagram Dr Maza.

Hantaran di Instagram Mohd Asri.

Susulan itu, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza mengakui terharu atas hasrat murni dan penuh bermakna itu.

Beliau menyifatkan kemurahan hati dan amalan yang dilakukan oleh individu terbabit sebagai rezeki pahala buat 4rw4h bapanya.

Malah, beliau juga tidak menduga ‘pemberian’ daripada individu dari Brunei kerana sepanjang hayat 4rw4h bapanya tidak pernah menjejakkan kaki ke negara jiran itu.

“Rezeki pahala buat ayahanda saya walaupun beliau telah pergi (men1ngg4l dunia).

“Ayahanda saya dalam hayat tidak pernah ke Brunei, namun demikianlah urusan Allah yang kita duga dan tidak kita duga,” ujarnya.

Dr Maza menziarahi kubur dan menitipkan doa buat ayahandanya yang men1ngg4l dunia 13 April lalu.

Mohd Asri menziarahi kubur dan menitipkan doa buat ayahandanya yang men1ngg4l dunia 13 April lalu.

Dalam pada itu, Mohd Asri turut menyatakan perkara seumpama itu boleh berlaku semasa manusia hidup dan setelah men1ngg4l dunia.

“Doa sentiasa tersimpan di sisiNya. Kita mungkin telah lupa, tetapi Dia tidak lupa,” katanya.

allahy4rh4am Zainul Abidin men1ngg4l dunia di Hospital Tengku Fauziah (HTF) Kangar di Perlis ak1bat mas4lah k3$ihatan, pada 13 April lalu.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah pada ruangan komen perkongsiannya.

Antara komentar netizen pada ruangan komen perkongsiannya.

Antara komen netizen pada ruangan komen perkongsiannya.

Ada juga yang menyelit kata-kata semangat selain memuji kebesaran Allah.

“Betapa perancangan Allah menjangkaui kebolehan kita.

“Seperti mana yang disebut dalam hadis sahih… ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak soleh.

“Alhamdulillah. Terbaik, semoga dengan niat murni itu dapat redha Allah dan pahala sepanjang masa,” ujar netizen di ruangan komen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*