Gelagat Anak Aliff Syukri Tolong Berniaga Raih Perhatian, Langsung Tak Kekok

Keluarga usahawan Aliff Syukri sering menarik perhatian ramai dengan perkongsian mereka di media sosial. Macam gelagat anak perempuannya ini yang mencuri tumpuan apabila dilihat turun padang membantu perniagaan milik keluarganya ini.

Walaupun masih lagi muda, gadis itu langsung tidak kelihatan kekok berniaga dan membantu para pekerja yang lain. Perkongsian ini juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan anak perempuan usahawan itu iaitu Qadeeja yang membantu perniagaan ibu bapanya. Walaupun baru berusia 13 tahun, gadis itu kelihatan cukup mahir berniaga dan tidak kekok melayan pelanggan.

Turut dapat dilihat, dia berinteraksi dengan pelanggan yang ada dan siap menerangkan tentang produk yang dijual. Dalam masa yang sama, raut wajahnya pula yang mencuri tumpuan apabila dia salin tak tumpah seperti ibunya itu.

berniaga

Malah ramai yang turut terpegun melihat raut wajah mereka yang begitu sama termasuklah dengan gelagat lemah lembutnya itu. Dia juga sempat meminta maaf kepada pelanggan selepas terlambat memulangkan baki wang tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji kegigihan gadis itu membantu perniagaan ibu bapanya ini. Pada usia semuda ini, pastinya banyak yang boleh dipelajari oleh gadis itu untuk memajukan lagi perniagaan keluarga mereka.

“Aku perati je anak aliff syukri, sat je dah besar dah. Sebijik muka mak dia…”

aliff syukri

“Bagus Qadeejah, minta maaf kat customer sebab lambat…”

gadis

“Comel, sejibik gaya mak dia.”

komen

“Pandai Qadeejah meniaga and layan customer…”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*