Ebit Lew Jumpa Baim Wong Di Jakarta, Cadang Mahu Ke Afrika Bersama

Pendakwah bebas, Ebit Lew yang kini dalam misi kemanusiaan di beberapa negeri di Indonesia dilihat bertemu dengan bintang terkenal republik tersebut, Baim Wong hari ini.

Menerusi perkongsian yang dikemas kini dalam Instagram miliknya, Ebit dan tim telah hadir ke kediaman Baim di Jakarta.

Ebit menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang dermawan dan hebat.

“Syukur bertemu Baim Wong yang dermawan di Indonesia.

Suka memberi dan bersedekah. Baik dan hebat sangat orangnya.

“Cita citanya dan menjadi sifatnya untuk melihat orang gembira. Buat rumah makan percuma. Beri rumah, beri kereta dan hadiah buat orang ramai.

Cukup terkesan,” tulisnya pada keterangan video yang dikongsikan.

Pautan Video

 

Beliau juga turut berkongsi mereka mempunyai rancangan untuk menjalankan misi kemanusian bersama pada masa hadapan.

“Syukur katanya beliau sama sama ingin menjalankan misi di Indonesia dan seluruh dunia. Kami ada juga cadang untuk misi bersama ke Afrika.

Tadi menangis bersama melihat anak anak dalam kelaparan dan kesusahan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ebit mendapat liputan dari media Indonesia yang kagum dengan keprihatinannya dalam membantu masyarakat dan individu yang memerlukan termasuk di Pekan Baru.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*