Selepas 3 klinik ‘r3ject’, wanita dirujuk ke h0spital keluarkan bihun dalam jari

BAGI mereka yang selalu masuk dapur, kecederaan ringan seperti terkena percikan minyak panas, terhiris jari atau melecur boleh dikatakan sesuatu yang normal kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Bagaimanapun ada kalanya kecederaan ringan yang nampak remeh, namun kemudian berakhir di hospital, sebagaimana kisah yang dialami wanita ini.

Dek kerana bihun halus tertusuk ke dalam kuku ibu jari, dia terpaksa mengeluarkannya dan mendapatkan rawatan di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Cik Shaa, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang mencuci pinggan mangkuk selepas bersahur, beberapa hari lalu.

“Bangun sahur, kemas meja then basuh semua pinggan mangkuk. Semalam berbuka (dengan) bakso (bihun). Bihun yang dah direbus tu letak dalam mangkuk. Keesokannya ia jadi kering keras.

“Jadi ia melekat dekat permukaan mangkuk. Dengan tanpa berfikir panjang, terus lah menyental dengan kuat dan pantas. Tiba-tiba zapppp. Terkejut! Rasa macam ada benda tercucuk dekat jari.

“Bila tengok jari, dah ada bihun dalam kuku,” kongsinya menerusi dua video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

bihun 1

Cik Shaa cuba merendam jarinya untuk melembutkan bihun namun ikhtiar tersebut gagal.

Cik Shaa berkata dia pada mulanya berikhtiar sendiri dengan merendam ibu jarinya di dalam air suam, dengan harapan bihun yang tertusuk itu menjadi lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Bagaimanapun kaedah tersebut tidak berkesan sama sekali.

“Buat kerja macam biasa, tapi sakit. Berdenyut tu tak payah cakaplah,” kongsinya lagi.

Disebabkan sakit pada ibu jarinya masih belum reda dan dalam masa yang sama bimbang keadaan menjadi semakin buruk, dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik terdekat.

bihun 2

Kesakitan masih dirasai sungguhpun bihun sudah berjaya dikeluarkan.

“Tiga klinik reject. Klinik ke-4 baru boleh. Explain dekat doktor, dan doktor ambil peralatan. Doktor ketip kuku dan korek tanpa bius. Masa tu tahan lagi tapi kaki dah goyang, ketap gigi.

“Air mata dah berlinang. Doktor tanya tahan ke tak? Geleng kepala. Doktor cucuk ubat tahan sakit tapi sama saja sakitnya. Doktor korek lagi bihun tu tapi tak boleh.

“Air mata dah mengalir, mask lencun sebab memang tak tahan. Doktor kata tak ada cara lain, refer hospital,” ceritanya lagi.

Akhirnya, Cik Shaa terpaksa bergegas ke hospital bagi mengeluarkan bihun yang tertusuk ke dalam kuku ibu jarinya.

“Tunggu lima jam, buat x-ray… menunggu. Kemudian doktor bagi dua pilihan, cabut kuku atau tahan sikit untuk cucuk tiga bius pada jari. Jadi, pilih nombor dua.

“Doktor korek, darah dah mengalir tapi nasib tak rasa. Lepas tu dia ambil jarum yang keluar air, dia cucuk dekat dalam supaya bihun itu terkeluar sendiri,” kongsinya.

Tambah Cik Shaa, selepas prosedur tersebut, bihun akhirnya berjaya dikeluarkan bagaimanapun kesakitan masih dirasai selepas kesan ubat bius hilang.

“Jadi guys, hati-hati basuh pinggan. Jangan jadi macam saya, malu je nangis dekat klinik sampai tersedu-sedu,” akhirinya.

bihun 3

Kesan lebam kerana suntikan ubat bius.

Sementara itu menerusi ruangan komen, segelintir warganet meluahkan rasa fobia terhadap bihun selepas menonton perkongsian wanita berkenaan.

“Fobia baharu… bihunophobia!

“Tiba-tiba rasa takut dengan bihun

“Aduh, baru plan nak masak bihun… risau cuci pinggan masuk dalam jari,” demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Sehingga kini perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok meraih lebih 850,000 jumlah tontonan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*