Nampak lembut tapi sebenarnya Hanis Zalikha tegas didik anak… Ada cara tersendiri tegur dua cahaya mata

Nampak lembut tapi sebenarnya tegas… Itulah cara selebriti Hanis Zalikha dalam mendidik dua orang cahaya matanya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun.

Menurut Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, dia dan suaminya yang juga pelakon Hairul Azreen mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Ada yang kata ‘lembutnya dengan anak-anak’… tapi sebenarnya bukan lembut. Saya tak garang tapi lebih tegas. Memang kena tegas bila bab nak didik anak.

Hanis 1

Netizen puji cara Hanis dan Hairul mendidik anak mereka.

“Jangan rasa saya ini lembut sangat sebab sebenarnya saya seorang yang tegas. Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi.

“Selalunya kalau kami marah anak, sebelum tidur akan bincang balik apa kesalahan. Supaya lain kali mereka tahu apa salah dan apa nak buat,” kata Hanis kepada mStar.

Hanis yang juga seorang usahawan ditemui ketika majlis buka puasa dan memperkenalkan dirinya sebagai duta produk jenama Innersejuk di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi mengenai anak sulungnya iaitu Yusuf yang menawarkan diri untuk berpuasa selama satu hari.

Kata selebriti berusia 32 tahun itu, dia dan suaminya tidak pernah mem4ksa anak mereka berpuasa atau solat dalam keadaan tidak bersedia.

“Yusuf puasa hanya sehari sahaja… dia puasa pada hari ketujuh. Dia sendiri yang minta nak puasa, mungkin sebab dia tengok kami puasa. Itu yang buat dia rasa nak puasa.

Hanis 2

Perkongsian Hanis mengenai keluarganya di laman sosial sentiasa mendapat perhatian.

“Tapi kami tak pernah nak paksa dia puasa atau solat. Tunggu dia bersedia nak buat sendiri. Alhamdulillah, Yusuf puasa okay saja cuma adik dia ada la datang offer makanan,” ujarnya.

Sebelum ini, video gelagat Yusuf pertama kali berpuasa yang dikongsi Hairul di TikTok mendapat perhatian netizen yang memuji cara didikan pelakon itu.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem Paskal itu pada Jun 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*