Mawar Karim jawab tvduhan tak bayar hutang, d4kwa jadi m4ngsa siri fitn4h ‘S’

SUSULAN dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000, usahawan Mawar Karim tampil mempertahankan diri dengan mendakwa difitnah seorang individu yang digelar ‘S’.

Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 33, berkata, individu bernama ‘S’ itu mempunyai niat tertentu yang bertujuan mahu memalukannya.

Dakwa Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah sedemikian.

“Wahai S, tak habis-habis lagi create cerita fitnah fasal saya. Last year SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai (datang) bankrup pula dah.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” tulisnya di Instastory pada Rabu.

Pada Selasa, mStar melaporkan bekas isteri pelakon Fizo Omar itu berdepan dengan tindakan pengisystiharan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.

Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya.

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan.

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

mawar 1

Mawar dakwa bukan kali pertama difitnah sebegitu.

Untuk rekod, pada Mei tahun lalu, Mawar dituduh mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin politik Pas.

Gosip itu tular di aplikasi WhatsApp mendakwa usahawan itu berada dalam sebuah kenderaan bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa melalui SJR Perasing, Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun, Mawar menjelaskan perkara tersebut fitnah dan dia berada di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*