“Tarikh semua sudah ada, cuma saya akan kongsi selepas raya, InsyaAllah.”
Demikian kata penyanyi Mas Idayu ketika diminta mengulas mengenai persiapan terkini majlis kahwinnya bersama penerbit eksekutif TV3, Sufian Isa.
Menurut Mas Idayu yang mesra disapa Mummy, dia dan bakal suami akan saling bertemu keluarga dan tidak menyangka jodohnya bersama lelaki dalam lingkungan seni.
“Semuanya akan dikongsikan selepas pertemuan di antara keluarga kedua belah pihak. Sebelum ini dia sudah pun bertemu dengan kakak saya. Cuma susulan seterusnya ialah berjumpa dengan kedua orang tua.
“Kami pun sudah bekerjasama sudah lama, tiada istilah berkenalan. Lebih 10 tahun lalu ketika saya bersama Black dalam program Mentor. Kami berkawan.
“Cuma tidak sangka pusing-pusing, perancangan Allah SWT,” katanya kepada MH.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mas Idayu tidak menafikan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu.
Sementara itu menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Selangit ini memuat naik foto yang dirakam secara ‘selfie’ berdua buat tatapan peminat.
“Jawapan dari doa-doaku. Thank you sayang,” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang turut menitipkan ucapan yang baik-baik buat pasangan itu.
Rata-ratanya mendoakan agar urusan menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.
Komen netizen:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: MH
Leave a Reply