[VIDEO] Lelaki Berkerusi Roda Tarik Barang Dari Belakang, Guna Tongkat Untuk Gerak Undang Seb4k Netizen

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya! Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang lelaki membawa barang yang berada di belakangnya walaupun dengan hanya berkerusi roda.

Seb4k hati tengok

Mendapat hampir 150k tontonan, sebuah video dikongsi seorang pemuda dikenali sebagai Farid Amirul di laman TikTok mengundang seb4k wargamaya.

Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat seorang lelaki dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) duduk di atas kerusi roda untuk bergerak dan turut menarik barangan yang berada di belakangnya.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki ini turut menggunakan khidmat tongkat pada bahagian kiri dan kanannya untuk bergerak. Bagaimanapun tidak dipastikan kejadian tersebut berlaku bila namun hasil semakan di ruangan komen, lelaki ini sering kali dilihat di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan mendoakan supaya urusan lelaki berkenaan dipermudahkan.

“Nikmat apa lagi kau dustakan?”

Video penuh :

 

KOMEN NETIZEN:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*