Potong Rambut Pendek, Peminat Iringi Doa Buat Anuar Zain Sebelum Berangkat Ke Syria

Penampilan terbaharu penyanyi popular Anuar Zain dengan berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria menarik perhatian netizen.

Dalam hantaran di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70)

Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti,” tulis Anuar.

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji keterampilan pelantun lagu Lelaki Ini yang nampak lebih kemas dengan imej rambut pendeknya.

“Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I’ll join you!”

“Wah dah potong rambutlah…”

“Rambut baru… Safe flight.”

“Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana,” tulis beberapa pengguna di Instagram Anuar.

Dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.

Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada target sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingg 2 Mei 2022.

Bagaimanapun Syria care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).

 

 

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*