“Makin comel..” Abby Abadi Cerita Proses Nak Jaga Darda, Yakin Ada Hikmah Si Kecil Ini Jadi Miliknya

Pelakon Abby Abadi sememangnya cukup terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan b4yi dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

Selepas perkahwinan ketiga bersama Muhammad Faizal, Abby Abadi disahkan hamil lima bulan namun tiada rezeki untuk memiliki cahaya mata apabila dia disahkan gugvr ketika ketika menjalani ibadah umrah. Bagaimanapun, beliau redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.

Meskipun dah mempunyai sepasang cahaya mata angkat, Abby dan suami membuat keputusan untuk menambah seorang lagi bayi perempuan yang berusia sembilan hari dan diberi nama Maira Darda Farisa.

Abby Abadi menyatakan hasrat untuk mengambil Darda sebagai anak angkat sebenarnya tiada di dalam perancangan.Ini kerana sebelum ini, sepatutnya ada keluarga lain yang akan menjadi penjaga di bayi comel terbabit.

Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, berlaku hal sebaliknya.

“Tiada dlm perancangan utk kami ambil Darda ni sbg ‘permata hati’ kami pada awalnya. Mmg dari rumah ke hospital haritu dgn niat semata2 utk bantu org lain sbb yg nk ambil tu dari luar KL, dia tak percaya pada pihak yg menguruskan waktu tu sbb tak kenal.

“Satu satu lagi sbb nk kena transfer duit dgn jumlah yg besar krn tinggi kos hospitalnya. Long story short, berjam2 Sy & suami tunggu dihospital tu, pihak yg minta tolong tu maklumkan tak buleh transfer, tak lepas.

“Itupun lepas Sy mendes4k. Layan punya layan, tak juga transfer, Sy cal sbb dah tensi0n menunggu, Sy kata Sy pun rajin transfer duit juga, tp takdelah sampai berjam2 mcm ni, tak percaya Sy ke? Tak lepas katanya.. bla bla bla.. & last dia kata bukan rezeki Sy la baby ni.

“Tiga kali dia ulang ayat tu. Sy letak phone, terus Sy nekad bayarkan bil & bawak baby balik.

“Tu cerita Sy, belum lagi cerita pihak yg menguruskan kes baby ni. 3hari tidur dlm kereta.

“Tentu ada hikmah yg tersembunyi kenapa Darda jadi milik kami. Takkan mungkin ALLAH saja2 nk Sy & Suami @jaiezzany jadi penjaga kpd @SeketulDarda ni kalau tiada kebaikan dimasa depan.

Abby mengges4 mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak mempertika1kan asal-usul anak angkat yang ingin dijaga.

Abby juga memberitahu bahawa bayi yang dilahirkan tidak berd0sa dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka.

“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masal4h dalam dunia ini… tak tertulis di sini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berd0sa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya… Wallahuallam,”

Dalam pada itu, Abby juga menyatakan bahawa beliau sedia untuk membantu keluarga-keluarga yang berdepan dengan masalah untuk menjaga bayi mereka. Beliau sentiasa terbuka untuk membantu kerana percaya setiap masalah mempunyai penyelesaian. Beliau menggesa supaya para ibu tidak mengambil “jalan singkat”.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Perkahwinan bersama Faizal merupakan perkahwinan ketiga Abby.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pasangannya dalam drama bersiri Gerak Khas, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercer4i pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10 dan Maria Danisha Hakim, 7.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*