Ini Rupanya Penyanyi Sebenar Dan Kisah Di Sebalik Lirik Lagu Yang Tular Di TikTok

Lirik lagu ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ dipetik dari judul Cinta Sampai Mati, meniti di bibir warganet sejak akhir-akhir ini. Selain itu lagu ini juga turut popular dan sering digunakan ramai di aplikasi TikTok.

Fenomena lagu Cinta Sampai Mati ini cukup luarbiasa sekali. Malah tidak kira peringkat usia lagu ini menjadi siulan ramai. Untuk info, lagu ini dirilis oleh Kangen Band dan dicipta oleh isteri gitaris kumpulan Kangen Band, Doddy Hardianto iaitu Ayu Rizky Yani.

 

Kangen Band

Kumpulan ini menerbitkan lagu tersebut menerusi laman Youtube mereka pada Februari 2022. Bagaimanapun lagu dengan lirik lagu ‘dengarkanlah di sepanjang..’ ini sudah pun viral dan dipopularkan dahulu oleh Raffa Affar pada Januari 2022.

Jadinya lagu ini adalah milik Kangan Band tapi dipopularkan dahulu oleh Raffa Affar. Tidak kira siapa pun yang empunya runut bunyi ini, penciptanya harus dipuji. Lirik dan melodi lagu ini cukup membuai perasaan!

Berikut adalah nyanyian lagu Cinta Sampai Mati yang dinyanyikan oleh Raffa Affar dikongsikan menerusi saluran Youtube miliknya:

Ini pula lagu versi Kangen Band sendiri:

Dua-dua pun miliki aura tersendiri. Sedap dan menusuk ke kalbu. Malah versi Kangen Band sendiri sudah meraih lebih 26 juta tontonan dalam kurang sebulan lebih disiarkan!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*