Jejaka masih tr4uma, kenangkan Ibu men1nggal atas riba adik di hari terakhir Ramadan..

JODOH, pertemuan, ajal dan m4ut adalah ketentuan Allah.

Namun kehilangan ibu tersayang secara tiba-tiba ibarat mimpi ngeri bagi anak-anak kerana saat itu hilanglah keberkatan hidup iaitu doa.

Begitulah yang dirasai pemuda bernama Khairul Najmi setelah kehilangan ibunya Julina Zun, 52, pada Ramadan dua tahun lalu.

Imbas jejaka berusia 26 tahun ini menerusi ciapannya di Twitter, kehilangan ibu pada 25 Mei 2020 cukup memberi impak besar dalam hidupnya apabila 4rw4h dikatakan men1nggal dun1a di atas riba adiknya beberapa minit sebelum azan Maghrib hari terakhir umat Islam berpuasa.

“Entahlah… orang lain happy nak masuk bulan Ramadan, kami sekeluarga macam tr4uma pula nak sambut puasa selepas kejadian tu.

Jejaka ini bekerja sebagai jurutera operasi di Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

“Walaupun sudah dua tahun mak ‘pergi’ pun rasa masih sama. Rindu sangat pada arw4h mak. Saya banyak luangkan masa dengan mak jadi bila tiba-tiba mak tak ada ni rasa lain sangat.

“Suasana pagi raya pun tak sama macam sebelum-sebelum ni. Apatah lagi apabila terkenangkan mak pergi sehari sebelum Aidilfitri. Juadah raya pun mak dah masakkan. Tapi pagi esoknya tu mak dah tak ada,” ceritanya yang mesra disapa Kai.

Bercerita lanjut kepada mStar, Kai yang bekerja sebagai jurutera operasi di Pengerang, Kota Tinggi, Johor ini mengaku tidak bersedia untuk kehilangan ibu kerana menurutnya arw4h tiada sebarang peny4kit kron1k.

Bahkan pemergian ibunya membuatkan Kai berasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi insan paling disayanginya itu saat dia menghembuskan nafas terakhir.

“Mak men1nggal masa musim c0v1d-19, tapi dia bukan kena peny4k1t tu sebab saya ada sepupu yang merupakan doktor kerja dekat hospital. Dia yang sahkan mak saya men1nggal bukan sebab c0v1d-19. Jadi pengurusan may4t mak dapat dilakukan macam biasa saja.

“Mak memang tak ada s4k1t lain pun masa men1nggal. Dulu mak ada kencing manis saja tapi tak tervk. Kali terakhir jumpa mak pada awal puasa tahun yang sama.

Difahamkan 4rw4h ibu Kai tidak mempunyai peny4k1t kronik.

“Saya tak ada dengan mak masa hari terakhir dia dekat dunia ni sebab saya baru habis kerja dekat Pengerang. Hanya adik yang ada dengan mak masa tu. Pada malam lepas men1nggal tu mak terus dibawa ke hospital. Dapat jumpa mak buat kali terakhir pun cuma pagi raya sebelum dikebumikan,” kata Kai yang berasal dari Kuala Lumpur.

Jelas anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini, terlalu banyak kenangan bersama ibu membuatkan perasaan menyambut Ramadan dan Syawal kini begitu berbeza.

“Saya dengan mak sangat rapat. Kami selalu luangkan masa bersama berbual macam-macam hal. Sejak dulu lagi saya memang jenis banyak luahkan semua perkara dan masalah dekat mak. Bila mak dah tak ada, saya banyak pendam dan simpan sendiri saja.

Kai meluahkan kejadian dia kehilangan ibunya di Twitter namun tidak menyangka ia akan menjadi tular.

“Ramadan untuk tahun lepas dan sekarang pun dah tak sama macam sebelum tu. Tak ada lagi mak nak kejutkan sahur. Tak dapat nak makan masakan mak lagi dah.

“Macam keluarga orang lain juga, kami selalu pergi solat Tarawih bersama di masjid. Untuk persiapan raya pun kami akan beli belah baju raya sama-sama dan pasang pelita keliling rumah tapi semua tu dah tinggal kenangan,” luah jejaka ini lagi.

Setakat ini, posting tersebut diulang kicau lebih 11,000 kali dan meraih hampir 30,000 tanda suka.

Ujarnya, dia terharu dengan mesej-mesej serta ciapan daripada pengguna lain yang mendoakan arw4h ibunya.

Kai meluahkan sedikit rasa terkilan kerana tidak sempat membalas jasa kedua-dua orang tuanya.

“Dulu saya jarang post fasal 4rw4h mak dan abah dekat sosial media sebab ada yang pernah cakap ‘bukan kau seorang je anak yatim’. Cuma tak sangka baru-baru ni posting tu jadi viral.

“Ramai yang mendoakan arw4h mak dan abah saya. Ada juga yang DM (Direct Message) suruh saya kuat dan tabah harungi dugaan.

“Sekarang pun sebab sibuk kerja, saya dah makin okey. Cuma adalah terdetik dekat hati saya nak balas jasa mereka tapi tak sempat,” ujar Kai menutupi kisah sed1hnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*