Ini Antara Koleksi Kereta Mewah Milik Neelofa

Tak hairanlah jika wanita yang berasal dari Kelantan ini dijuluki sebagai salah satu artis terkaya di Malaysia. Kalau dah kaya, sudah pasti mempunyai kemampuan untuk memiliki kereta-kereta mewah dan antara termahal di dunia.

Nama pengacara dan usahawan Neelofa, semakin mekar dalam industri hiburan dan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia. Bukan kerana wajahnya yang memang hampir setiap minggu tampil di program MeleTop, tetapi kerana kejayaan dan pencapaiannya dalam bidang perniagaan yang diusahakan.

Memetik dari sebuah video dari laman Youtube Majalah Nona, Neelofa ada menyebut dia mempunyai 3 buah kereta iaitu BMW, Porsche dan Range Rover.

Nah! setelah kami selidik jenis setiap model kereta yang digunakan, berikut kami rangkumkan 3 kereta mewah milik Neelofa yang tidak pernah didedhkan oleh pihak media.

1.Range Rover Evoque

Di media sosial, Neelofa pernah mempamerkan foto dia ‘berposing’ dengan kereta Range Rover Evoque ini yang berwarna putih. Sememangnya Range Rover Evoque mempunyai imej mewah dan stailo seakan dibina khas untuk diletakkan di depan lobi hotel mewah atau valet kompleks beli belah premium. Sesuai sangat dengan imej Neelofa kan?

Difahamkan harga model Range Rover Evoque ini bermula dari RM 400 ribu sehingga RM 500 ribu ketika mula diperkenalkan. Hampir setengah juta.

2.BMW X6

BMW X6 adalah kereta jenis crossover mewah kelas mid-size yang dikeluarkan pada tahun 2008 oleh BMW. X6 oleh BMW tergolong sebagai Sports Activity Coupé (SAC). Mengkombinasikan ciri sebuah SUV dengan gaya sebuah coupé.

Kereta ini sering digunakan oleh Neelofa dengan menggunakan khidmat pemandu peribadi. Anda boleh dapat lihat kereta ini dalam sebuah video berjudul 21 Soalan Dengan Neelofa di laman Youtube MHE TV.

Dari hasil pencarian kami di google, harga BMW X6 ini boleh mencapai RM RM666,800 hingga RM 1.12 Juta.

3.Porsche Macan

Rata-rata peminat sudah mengetahui, dalam banyak-banyak kereta yang dia miliki, Porsche Macan merupakan kereta kegemaran Neelofa kerana dia sering dilihat memandu kereta ini sendiri.

Ini terbukti dengan beberapa keping gambar & video yang dimuatnaik di Instagram. Salah satunya ialah video v1ral ini di mana dia menyanyikan lagu Kun Anta ketika sedang memandu.

Hasil pencarian kami di google, harga jualan bagi Porsche Macan bermula dari RM455,000.

Jadi, dari ketiga-tiga kereta mewah ini, yang mana satu sangat sesuai dengan Neelofa?

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : Youtube Majalah Nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*