Ibu Tahan Seb4k Tolong Ambil Kad Nikah Anak, Perkahwinan Hanya Bertahan 18 Hari – ‘Tak Kuat Mama Nak Jawab’

Walaupun sudah tiga bulan masa berlalu, bukan mudah bagi seorang wanita untuk menerima takdir selepas suami tersayang men1nggal dunia berikutan terlibat dalam sebuah kem4langan di Lebuhraya Utara Selatan di Alor Gajah, Melaka. Difahamkan, pasangan ini selamat disatukan pada 1 Januari yang lalu dan sempat bergelar suami isteri selama 18 hari sahaja.

Mak yang tolong ambil kad nikah

Terbaru, wanita cekal ini berkongsi satu momen perit di mana dia perlu mengambil kad nikah tanpa ditemani oleh suami tersayang.

“Masa ini tangan getar, sed1h sangat hati ini. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya. Tapi aku tak turun, mama yang ambil.”

Apa yang lebih mem1lukan apabila melihat riak wajah ibunya yang gagal men4han seb4k selepas mengambil kad berkenaan.

“Sayu hati tengok mama cuba kuat terima kenyataan anak yang baru dia tengok bahagia sekarang tak ada.”

Bukan itu sahaja, pegawai yang berkhidmat sempat bertanyakan mengapa pengantin sendiri yang tidak mengambil kad tersebut namun ibunya hanya mendiamkan diri.

“Ebby orang tu tanya mama. Mana pengantin kenapa mak yang ambil. Mama punya la tak nak diorang tanya. Tak kuat mama nak jawab.”

Ujar wanita muda ini lagi, bukan mudah bagi dirinya untuk menerima apa yang telah berlaku dan terpaksa kuat demi ibunya. Video yang dikongsi meraih hampir 1.1 juta tontonan dan rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus cekal.

“Ya Allah peritnya kenyataan. Aku harus berpura-pura kuat depan mama. Sakitnya ujianMu kali ini Tuhan.

Kenyataan yang tak mampu aku gambar bagaimana. Sakitnya untuk pujuk hati terima.”

 

Pautan Video 1 :

Pautan Video 2 :

Pautan Video 3

 

 

Sumber: babymoshiey

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*