“Bilal My Natural Alarm Clock” – Neelofa Akui Lebih Mudah Luang Masa Beribadah Pada Waktu Malam

Selebriti dan usahawan Noor Neelofa memaklumkan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal cukup memudahkan urusannya di bulan Ramadan.

Menurut Neelofa, 33, selain menjaga Bilal, dia mahu mengambil sebanyak masa di bulan mulia ini untuk beribadah.

“Untuk Ramadan kali ni, berpuasa dengan anak kecil saya rasa dia boleh jadi my natural alarm clock.

Untuk bangun sahur, nak luangkan lebih masa untuk beribadah pada waktu malam, jadi lebih mudah sebab kena bangun berkali-kali.

“Bila ada Bilal, inilah peluang saya sebagai ibu yang baru melahirkan untuk gunakan momen dan waktu ini,” ujarnya ketika ditemubual.

Neelofa ditemui pada majlis Mushaf Musolla dan Mushaf Mufiq edisi khas pertubuhan Kasih Neelofa yang diadakan di Kompleks Kesenian Islamik Antarabangsa Selangor, Shah Alam pada beberapa minggu yang lalu.

Tambah isteri kepada pendakwah bebas PU Riz itu lagi, dia tetap akan menerima tawaran bekerja mengikut kesesuaian meski pun kini sudah bergelar ibu.

“Saya pelan slowly untuk kembali berkerja, yang mana yang datang, mana yang sesuai dengan keadaan dan masa, saya terima.

“Ditambah pula dengan saya dah kembali bekerja, saya yang kena adjust masa dengan timing Bilal. Saya pun tak nak terlalu strict dan nak rasa fleksibel nak bekerja atau duduk di rumah,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*