Pasangan selebriti Amar Baharin dan juga Amyra Rosly sekali lagi ditimpa dugaan apabila anak bongsu mereka dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan dikejarkan ke pusat perubatan kira-kira jam 1 pagi, Rabu.
Baru sahaja sembuh dari CVD-19, Amar Baharin bimbang akan keadaan anak bongsunya.
“Arysasa mengalami demam panas… suhu badannya tinggi sehingga mencecah 41 celsius. Melihat keadaanya itu, kami terus bawa dia ke hospital Prince Court, KL jam 1 pagi.
“Sehingga kini, Aryssa masih ditahan wad dan pagi tadi baru jumpa doktor. Keadaan dia masih dalam pemantauan dan kami tak buat ujian calitan sebab dia baru baik dari Covid-19.
“Tiba-tiba demam panas dan tak tahu punca dia apa. Itu yang membuatkan kami risau sangat,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Terdahulu, pasangan selebriti itu memuat naik foto keadaan anak mereka yang terlantar sakit di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu.
Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan agar anak perempuan pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.
Sementara itu, Amar memberitahu anaknya kini dijaga oleh adik iparnya kerana dia dan isteri terpaksa menjalani penggambaran yang sudah dijadualkan.
“Saya dan Amyra tak dapat nak teman dia di hospital sebab kami berdua ada penggambaran, kebetulan jadual padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yang teman di hospital,” ujarnya.
Sebelum ini, Amyra mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tidak henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.
Menerusi temu bual bersama mStar pada 31 Mac lalu, Amar memaklumkan keadaan itu tidak pernah berlaku dan isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.
Berkongsi keadaan kesihatan Amyra terkini, Amar melahirkan rasa syukur apabila isterinya sudah kembali sihat selepas menjalani rawatan di hospital dan perubatan Islam.
“Alhamdulillah, Amyra pun dah mula bekerja dan menjalani penggambaran sejak kelmarin. Keadaan dia pun dah sihat macam biasa. Syukur tak berpanjangan sakit dia itu.
“Memang kami ada ikhtiar dua cara… hospital dan perubatan Islam. Alhamdulillah, dia pun dah sihat dan dapat bekerja seperti biasa,” katanya.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Mstar
Leave a Reply