Teruk Dikecam Isu Konsert Justin Bieber , Ini Respon Ustazah Asma Harun

Tular di media sosial di mana pendakwah bebas dan penceramah terkenal tanah air, Ustazah Asma Harun menerima kecaman dan kritikan dari orang ramai terutama dari golongan ibu bapa berikutan isu konsert Justin Bieber.

Pada 29 Mac lalu di laman Facebook nya, ustazah Asma menyeru agar orang ramai dan ibu bapa agar melarang ahli keluarga mereka pergi ke konsert penyanyi terkenal tersebut supaya tidak terjebak dengan maksiat.

Nasihat yang diberi mendapat pelbagai respon dan komen dari orang ramai, ada yang menerimanya dengan baik dan ada juga memberi kecaman.

Tegur Golongan Ibu Bapa Tidak Bersikap Naif

Dalam perkongsian terkini ustazah Asma di Instagram nya, penceramah bebas ini mendapati antara yang ramai memberi kecaman adalah dari golongan ibu bapa sendiri.

Dalam penulisan beliau, ustazah Asma menegur adakah ibu bapa begitu naif dan percaya suasana di konsert itu nanti tidak menjerumus anak-anak mereka ke pintu maksiat.

Dalam pada itu, penceramah ini juga persoal kasih sayang ibu bapa yang berkata boleh berkorban apa saja untuk anak masing-masing sanggup membiarkan anak mereka menjejakkan kaki ke tempat maksiat.

via (IG) Ustazah Asma Harun

“Yang ramai kecam juga dalam kalangan IBU AYAH, katanya pergi bukan guna duit Ustazah pun. Kenapa nak sibuk hal orang lain, dan lain-lain yang lebih pedih. Duhai IBU AYAH, bukankah kalian yang selama ini berkata sayang pada anak-anak sampai syurga dan berdoa untuk berkumpul disana.

Bukankah kalian yang selalu inginkan anak-anak selamat daripada bahaya dunia, jika mereka sakit kalian tak tidur lena dan sanggup korban apa sahaja.

Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan. Kadang minuman najis berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada perzinaan.” Tulisnya

Bimbang Ibu Bapa Dan Anak Tak Sempat Bertaubat

Penceramah ini juga menitip pesanan sebegini kerana bimbang golongan ibu bapa dan anak mereka tidak sempat bertaubat sebelum ajal menjemput mereka.

Dalam pada itu, ustazah Asma juga mengatakan pesanan yang diberikan adalah berdasarkan dari pengalaman beliau mengendalikan kes masalah sosial remaja dan penyesalan golongan ibu bapa terhadap apa yang berlaku pada anak mereka.

“Allahu Akbar, kita tahu tiket dah habis pun terjual. Satu konsert yang harganya sangat mahal begitu mendapat sambutan di Negara Islam Malaysia. Selepas ini, nantikan konsert lain pula bakal menyusul atas nama hiburan itu keperluan, maka suburlah budaya hedonisme.”

“Menulis daripada pengalaman menguruskan kes masalah sosial remaja dan penyesalan ibu bapa. Janganlah normalisasikan pendidikan ‘Bagi depa rasa dulu apa yang nak, esok dah jemu depa berhentilah’…  Nauzubillah, bimbang ibu bapa dan anak tak sempat taubat sebelum mati.” Tulisnya lagi

Selebriti Dan Netizen Terkesan Dengan Pesanan

Melihat perkongsian penuh kata-kata nasihat dan pesanan mendalam itu, selebriti seperti Diana Amir dan Liyana Jasmay serta wargamaya berasa terkesan dengan pesanan yang dititipkan oleh ustazah Asma.

“Allah Allah.. Jazakallah ustazah” komen Diana Amir

“Allah.. Terasa di sudut hati sebab saya pun beriya sangat nak ke konsert Bieber. Terima kasih ustazah di atas nasihat ini.. @ustazahasmaharun” ucap Liyana Jasmay

via (IG) Ustazah Asma Harun

“Biarlah dikecam asalkan ustazah berani menegakkan kebenaran”

“Allahuakbar. Teruskan ustazah! Biarlah orang taknak dengar pun, yang penting kita dah cuba untuk atasinya dengan memberi nasihat’

“Terima kasih kerana jadi insan yang berani”

“Allahuakbar” komen mereka

Dalam akhir penulisan ustazah Asma mengatakan beliau tidak berasa sedih dikecam dan dihina, sebaliknya berasa sedih melihat kemungkaran didepan mata namun ramai yang berdiam diri tentang maksiat.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*