Pelajar Ters4sul Panggil Sayang Masa Kelas Online , Ustaz ‘Sporting’ Balas Balik – ‘Ya Sayang’

Seorang pelajar lelaki berhadapan dengan detik memalukan apabila dia terpanggil ustaz yang mengajarnya dengan nama panggilan ‘sayang’ ketika sedang belajar atas talian.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kwunch di akaun TikTok, pada mulanya ustaz yang mengajarnya itu sedang bertanyakan soalan kepada para pelajarnya.

“Ada apa-apa kemusykilan, ada persoalan yang nak tanya?”

Walau bagaimanapun, pelajar lelaki berkenaan yang bersemangat ingin menanyakan soalan itu tanpa sengaja terpanggil ustaz itu dengan panggilan ‘sayang’ sehingga menyebabkan tenaga pengajar tersebut tergamam dan sempat berseloroh dengan memanggilnya kembali dengan panggilan sayang.

“Haa sayang, Allah ustaz hahaha due date bila ustaz.”

Susulan daripada kejadian itu, dia terpaksa menahan malu kerana hampir semua rakan kelas mentertawakannya. Walau bagaimanapun, pelajar berkenaan tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada dirinya sehingga membuatkan dirinya ters4sul.

“Sebenarnya mikrofon memang terbuka lama, time tu memang dah ada soalan nak tanya dekat ustaz. Suddenly notification dari girlfriend keluar dan tiba-tiba tersebut sayang. Lepas tu lupa pula mikrofon terbuka tu yang gelabah.”

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 27 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 271 ribu tanda suka di TikTok.

‘Trag3di di bulan puasa’

Pautan Video :: 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelajar lelaki berkenaan. Malah ada juga di antara mereka berseloroh dengan mengatakan bahawa hati ustaz tersebut berbunga-bunga apabila dipanggil sayang.

Sumber : dzafri_

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*