Video Baim Wong Termakan Masa Bulan Puasa Tular Lagi, “Siap Offer Perkerja Dia Makan Sekali..”

Bulan Ramadan yang datang setahun sekali memberi banyak makna kepada kita sebagai umat Islam.

Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, bulan puasa juga mengajar kita erti kesabaran dan ketaatan dalam menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara kurang baik.

Mungkin disebabkan kedatangan bulan puasa sekali hanya setahun, ramai yang terlupa untuk ‘berpuasa’ gara-gara rutin makan siang atau mengunyah jajan pada waktu senggang.

Hal ini yang dialami oleh pelakon dan Youtuber popular Indonesia, Baim Wong. Menerusi sepotong video yang viral baru-baru ini, kelihatan Baim sedang memeriksa keadaan kolam renang yang sedang dibaik pulih di kediamannya.

Sambil melihat perkembangan kerja-kerja pembaikan, Baim dilihat menguyah sesuatu sambil gelagatnya terus dirakam oleh jurukamera.

Hal tersebut berlaku pada siang hari di bulan Ramadan, ketika semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

OFFER PEKERJA SITU MAKAN SEKALI .

“Salah Cameraman Tak Tegur” – Baim Wong Kantoi Tak Puasa, Selamba Makan Jajan?

Menariknya, Baim sempat menghulurkan makanan yang sedang dinikmatinya kepada salah seorang pekerja yang berada di situ, namun ditolak kerana katanya dia berpuasa.

“Eh saya makan? Lupa… kenapa tak cakap” katanya sambil mengeluarkan semula makanan yang ada di mulutnya dan tertawa.

Pautan VIDEO :

 

KOMEN NETIZEN:

Meninjau ruangan komen, kelihatan beberapa respons daripada netizen yang cukup mencuit hati.

“Rezeki sesungguhnya,” .

“Dah nak habis baru sedar ya pak cik,” .

“Salah cameran tak tegur,” .

Namun, melanjutkan tinjauan ke ruangan komen, rata-rata memberitahu bahawa video berkenaan merupakan video lama.

Difahamkan, ia merupakan video yang dirakam pada bulan Ramadan tahun lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*