[VIDEO] Saharul Ridzwan kongsi suasana berbuka puasa di Mekah

Detik yang pastinya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan mungkin juga pengembara dari luar negara, iaitu sempadan negara dibuka bermula 1 April lalu.

Keputusan dibuat kerajaan itu selepas membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain serta demi memberikan keselesaan kepada pengembara.

Justeru itu, peluang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh umat Islam, dimana ramai tidak melepaskan peluang untuk pergi menunaikan umrah di awal bulan Ramadan bagi memberi fokus menjalani amal ibadah di Tanah Suci.

Ibadat ini kini turut dilakukan oleh pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Qabila Emir.

Menerusi laman instagram rasmi miliknya, Saharul berkongsi pengalamannya berbuka puasa di Mekah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Berdasarkan video yang dimuat naik, dapat dilihat para jemaah umrah sedang duduk mengikut bentangan kain panjang secara teratur dengan menunggu masuk waktu berbuka puasa.

Terlihat juga bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail yang sama-sama mengerjakan umrah bersamanya.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 87.6k tanda suka dan pelbagai komen dari rakan artis dan netizen yang rata-rata meluahkan rasa seronok melihat gambar dan video suasana di Mekah yang dimuat naik oleh Saharul.

Komen netizen:

Sumber: instagram Saharulridzwan

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*