Video Bell Ngasri Nyanyi Lagu Alhamdulillah Buatkan Ramai Terhibur

Sebut sahaja nama Bell Ngasri pasti ramai yang sudah membayangkan gelagat pelakon dan pelawak ini. Lagak selambanya kadang-kadang membuatkan ramai terhibur dengan anak seni berbakat besar ini.

Biarpun sudah agak lama dalam industri, karakter Barkoba lakonannya antara yang cukup diingati ramai. Malah baru-baru ini, satu rakaman yang memaparkan Bell Ngasri menyanyikan semula lagu berjudul Alhamdulillah telah mencuri perhatian warganet.

 

Screenshot at Apr 04 22-51-13

Dalam rakaman itu kelihatan turut yang cuba buat persembahan adalah Fad Bocey dan seorang lagi lelaki. Bila mula sahaja Bell Ngasri memegang mikrofon, dia buka mulut sahaja sudah membuatkan ramai tertawa.

Manakan tidak, sebutan Bell Ngasri memang main bedal sahaja! Berikut adalah perkongsian rakaman Bell Ngasri cover lagu Alhamdulillah yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama selabuh:

Pautan Video :

Memang buat hal betul ya Bell Nagsri ini. Selamba dan sempoi habis! Apa-apa pun perkongsian rakaman Bell Ngasri cover lagu Alhamdulillah telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 30 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Ni mesti order dari Shopee”

Bell Ngasri Nyanyi Alhamdulillah 4

“Bell ni memang kelakar. Dia diam2 je pun aku da gelak. Haha”

Bell Ngasri Nyanyi Alhamdulillah 3

“Siot betul, tergelak aku oiii”

Bell Ngasri Nyanyi Alhamdulillah 2

“Takkk..Masalahnya..Dia buat apa pun orang jadi nak gelak”

Bell Ngasri Nyanyi Alhamdulillah 1

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*