‘Pasti Ke Nak Panggil Perempuan Buncit Ni”- Anzalna Nasir Terkejut ‘Dilamar’ Oleh HABIB

Mengimbau kembali kenangan sambutan hari raya di desa, HABIB tampil dengan kempen raya yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan yang bertemakan Rantaian Kasih, berlangsung daripada 4 April sehingga 15 Mei 2022 di semua bilik pameran. Kempen Rantaian Kasih ini membawakan 3 duta baharu; pelakon Anzalna Nasir, ibunya Puan Azlina serta Erin Adlina, usahawan muda yang berjaya dan juga seorang ‘influencer’ yang menjadi inspirasi ramai yang sangat meminati fesyen.

Walaupun sarat hamil 8 bulan, tapi Anzalna Nasir tetap elegan ketika majlis pelancaran berlangsung. Tampil manis dalam kurung hijau lengkap rantai labuh dan kerongsang HABIB, pelakon cantik ini berkata dia sangat terkejut bila dilamar oleh Habib.

“Saya pun terkejut sebenarnya, bila Habib tawarkan saya menjadi duta. Saya tanya, pasti ke nak panggil perempuan buncit ni?”- katanya sambil berseloroh.

Menurut Anzalna, ini merupakan kali kedua dia dilamar menjadi duta Habib, dan sudah menganggap Habib seperti keluarganya sendiri. Malah, Anzalna sendiri mengakui dia juga merupakan pelanggan tetap Habib dari dulu hingga sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Pelancaran kempen Rantaian Kasih ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB di bilik pameran HABIB yang terbesar di Pavilion Bukit Jalil. Berkeluasan 4,414 kaki persegi, bilik pameran ini memuatkan rakan-rakan media, tetamu-tetamu jemputan dan selebriti tanah air bagi memeriahkan suasana.

Acara ini menampilkan koleksi hari raya HABIB yang terbaru serta penampilan barisan duta selebriti hari raya. Personaliti jemputan istimewa, Abu Shaef, seorang stylist selebriti Malaysia yang cukup popular turut menambah keterujaan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata,

“Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa di mana ramai di antara kita mengambil peluang untuk bersama keluarga. Dari ke terawih, ke bazar ramadan, bersahur dan ber’shopping’ semuanya indah dilakukan bersama. Di bilik pameran HABIB pula, pada bulan Ramadan kita dapat berkenalan dengan seisi keluarga pelanggan. Ibu, kakak, adik, mertua dan seluruh keluarga akan membeli belah bersama. Ini adalah suasana yang amat menyeronokkan kerana kami dapat memberikan pengalaman yang gembira untuk pelanggan, dan dari sini lah, tema Rantaian Kasih dikekalkan.

Apabila pelanggan memilih untuk membeli belah di HABIB, mereka telah meletakkan kepercayaan terhadap jenama HABIB dari segi kualiti barangan baik, koleksi yang terbaru dan moden serta perkhidmatan pelanggan yang memuaskan. Oleh itu, kami komited untuk sentiasa mengeluarkan pelbagai rekaan-rekaan yang terbaru dengan kualiti yang terbaik sekali bagi memenuhi citarasa setiap pelanggan kami. Pelanggan pada masa kini lebih berpengetahuan mengenai barangan kemas, kualiti barangan menjadi keutamaan dari harga yang ditawarkan. Ini mendorong kami untuk hanya mengeluarkan barangan yang terbaik kualitinya dengan rekaan yang moden dan kontemporari”.

Tahun ini, HABIB menambahkan kemeriahan hari raya dengan penggunaan warna-warna terang dan lebih ceria. Elemen songket diterapkan bagi menggabungkan konsep moden dan kontemporari. Songket Malaysia kaya dengan nilai sejarah dan warisan. Karya seni songket memerlukan kreativiti, kehalusan dan ketelitian untuk penghasilan songket yang bermutu dan eksklusif, selari dengan penghasilan barangan kemas. Sebagai jenama tempatan, HABIB merasa bangga dan terus menyokong serta mempromosikan warisan budaya Malaysia.

Koleksi hari raya dipersembahkan melalui pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi emas Oro Italia 916® dengan set rantai leher panjang, gelang tangan, cincin dan subang dari koleksi Amore, Grafetta dan banyak lagi. Seterusnya, koleksi eksklusif berlian, terdiri daripada rantai leher panjang dan kerongsang bermotif flora yang boleh didapati dalam rona emas emas kuning, emas putih dan emas ros.

Koleksi batu permata pelbagai warna seperti batu safir, delima, zamrud, amethyst, topaz dan citrine turut ditawarkan. Koleksi permata ini boleh dimiliki secara set cincin, loket, subang dan gelang tangan, sesuai digayakan pada hari lebaran. Model lelaki juga kelihatan segak menggayakan koleksi cincin lelaki dan butang baju melayu yang diikat dengan palladium perak bertatahkan berlian dan juga batu permata. HABIB juga menawarkan koleksi Oro Italia 916 untuk kanak-kanak dengan rekaan yang baharu.

Pada pelancaran kempen, Stylist selebriti Malaysia, Abu Shaef berkongsi tips-tips dan inspirasi untuk kelihatan bergaya di pagi Syawal.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*