Gelagat Atuk ‘Check’ Paras Oksigen Si Bulus

Bagi sesetengah orang, ada yang menganggap kucing peliharaannya sebagai salah satu ahli keluarganya. Bukan sahaja kerana si bulus sejenis manja, malah haiwan ini juga cukup comel dan gebu.

Biarpun begitu, baru-baru ini rakaman seorang lelaki bersama seekor kucing telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman tersebut nampaknya si bulus ini melayan tuannya untuk check oxygen level menggunakan oximeter.

Screenshot at Apr 03 14-13-06

Lelaki itu duduk di sebelah haiwan comel tersebut dan memasangkan alat oximeter berkenaan di kaki depan kucing. Menariknya si bulus ini duduk baik dan tidak bergerak sambil ‘melayan’ tuannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman si bulus kena check oxygen level yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun kyufitz08:

Pautan Video

Memang comel betul! Perkongsian rakaman si bulus  ini telah meraih lebih 844 ribu tontonan dan 123 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Sama laa kita pun pernah macam tu. Habis semua kucing dalam rumah dicuba”

Si Bulus Kena Check 4

“Kucing tu cuak dah kena check takut covid”

Si Bulus Kena Check 3

“Gong be like: Darah tinggi ke tok? Aishh kurang tidur laa ni”

Si Bulus Kena Check 2

“Redha pulak kucing tu”

Si Bulus Kena Check 1

 

Sumberkyufitz08

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*