Nyenyak Sangat Tidur, Lelaki Sampai Tak Sedar Kena Angkut Naik Van

Mesti anda pernah melihat mereka yang tidur begitu nyenyak sekali sampaikan tidak sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling. Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang siap diangkut menaiki van oleh rakan-rakannya semasa sedang nyenyak tidur.

Malah video tersebut juga kini tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini. Netizen juga turut sama berdekah melihat gelagatnya yang masih lagi tidur sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang dituju.

Pautan Video 1 :

Pautan Video 2 :

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan ragam lelaki itu yang ‘tidur mati’ ataupun mereka yang tidak sedar dengan apa yang terjadi semasa tidur. Turut dapat dilihat, lelaki itu yang sedang tidur sambil memeluk bantal.

Namun yang anehnya, dia dilihat sedang tidur di dalam van yang sedang dipandu oleh rakan-rakan yang lain. Rupa-rupanya, mereka telah mengangkat lelaki itu masuk ke dalam van di mana lelaki itu langsung tidak sedar dengan apa yang berlaku.

van

Lebih melucukan, mereka juga turut berkongsikan reaksi lelaki itu semasa dikejutkan setelah mereka sampai di lokasi. Bukan sahaja terkejut dirinya diangkut ke dalam van malah dia juga turut terkejut apabila mendapati mereka selamat sampai di Kuantan pada akhirnya.

Di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur melihat reaksi lelaki tersebut. Malah ada yang berseloroh memuji tindakan rakan-rakan lain yang siap membawakan bantal untuk membiarkan lelaki itu tidur dengan selesa.

“Saya ingat van jenazah.”

lelaki

“Member punya baik siap angkat dengan bawakkan kusyen sekali.”

tidur

“Haish tidur ke pengsan tu.”

komen

“Ini kompom pergi balik gelak separuh nyawa ni.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*