Umumnya mengetahui sekarang umat Islam sedang menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan netizen adakah puasa seseorang itu dikira sah walaupun dia belum mandi wajib.
Susulan daripada itu pendakwah terkenal berasal dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.
Menerusi soalan yang diterima bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus apakah hukum puasa jika seseorang itu tidak mandi wajib sebelum masuk waktu Imsak. Ujar ustaz, puasa tersebut dikira sah bagi perempuan jika darah haidnya berhenti sebelum waktu Subuh.
“Perempuan yang berhenti haid sebelum masuk waktu Subuh pukul 6 pagi, haidnya berhenti 5.59 dan tak sempat nak mandi masuk waktu Subuh dulu. Sah puasa dia.
Syarat sah puasa tidak mesti mandi wajib dahulu, tapi mesti kering darah dahulu dari masuk waktu Subuh. Tapi, jika ia hadas Janabah keluar mani atau hadas Jimak maka tidak ada masalah. Malamnya bersama suami isteri, pasangan tersebut perlu mandi sebelum menunaikan waktu solat Subuh.
Hadas Junub tidak ‘merosakkan’ puasa yang merosakkan puasa adalah haid dan nifas. Walaupun terkeluar air mani ketika di siang hari, puasa tersebut dikira masih sah dan seseorang itu perlu mandi bagi menunaikan solat Zohor mahupun Asar.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply