Wanita Ada Master, Berkerjaya Stabil Tak Kisah Bersuamikan Pelajar Buat ‘Part-Time’ ‘Rider’

Sesetengah wanita cenderung memilih lelaki yang berkerjaya dan kewangan stabil untuk dijadikan bakal suami. Ini untuk menjamin kestabilan rumahtangga di kemudian hari.

Namun, kadang-kadang harta dan pangkat bukanlah segala-galanya.

Seperti  kisah wanita ini yang menjadikan lelaki biasa, malah lebih muda darinya sebagai pasangan hidup.

Siti Nurfatin Izzaty Ahmad Izaham, 28, pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sastera serta memiliki kerjaya yang stabil di sebuah syarikat korporat di Selangor memilih Muhamad Fitri Anaqi, 23, yang kini masih menuntut di sebuah universiti tempatan sebagai pasangannya.

Muhammad Fitri  merupakan penuntut semester lima, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan turut melakukan kerja ‘part-time’ sebagai penghantar makanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengimbas perkenalan mereka, Fatin berkata mereka berjumpa kali pertama dalam satu kejohanan sukan pada 2018. Bermula dari direct message (DM) di Instagram sehinggalah saling bertukar nombor WhatsApp, Fitri memberanikan diri datang ke Pulau Pinang dan menjemput Fatin ke kenduri keluarganya. Fitri memperkenalkan Fatin kepada keluarganya ketika kenduri tersebut.

Namun Fatin mengatakan ketika itu mereka masih berkawan sehinggalah pada Disember 2018, Fitri mengalami kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament) dan terpaksa menjalani pembedahan. Fitri meminta Fatin datang melawatnya dan selepas itu, pada Januari 2019, mereka rasmi menjadi pasangan.

Sepanjang menjalinkan hubungan, Fatin mengatakan kedua-dua belah pihak keluarga tidak menghalang mereka.

“Ayah saya sendiri berpandangan, selagi lelaki itu boleh jaga anaknya, dia okay. Ayah nampak kesungguhan teman lelaki buat Foodpanda sambil belajar, demi nak halalkan saya. Pada mulanya ayah hanya tetapkan wang hantaran yang lebih rendah, tapi dia tegaskan nak beri lebih sikit iaitu RM7,000.

“Ayah langsung tak jadikan ukuran tingginya pendidikan seseorang, bermakna wang hantaran pun kena tinggi. Sebab padanya, pendidikan adalah tanggungjawab ibu bapa. Hantaran itu hanya hadiah daripada lelaki.

“Lagipun, kenapa perlu menyulitkan keadaan sedangkan anak-anak nak buat perkara yang baik,”

Fatin dan suami selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Mac tahun lalu.

“Cabaran perkahwinan, bagi saya biasa saja. Walaupun suami lebih muda tapi dia matang kerana dia anak sulung daripada lima beradik. Dialah yang memikul tanggungjawab kepada keluarganya selepas kematian arwah bapa,” katanya.

Fatin turut menasihatkan agar lelaki di luar sana menunjukkan kesungguhan jika ingin mengahwini gadis pilihan. Dia juga turut mengatakan pentingnya ‘give and take’ di dalam rumah tangga.

Perkongsian Fatin di aplikasi Tiktok menerima lebih 500,000 tontonan.

 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*