Cepat betul masa berlalu, sudah lima tahun rupanya usia perkahwinan pasangan selebriti ini. Dalam tempoh itu, kita jarang sekali melihat isu atau kemelut rumahtangga mereka berdua. Hubungan mereka juga kelihatan semakin sweet dan bahagia. Pasangan selebriti yang disebutkan itu ialah Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri.
Baru-baru ini, Nora Danish telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
View this post on Instagram
Nora mengambil kesempatan itu untuk menitipkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana usia perkahwinannya sudah lima tahun. Nora juga mendoakan agar mereka berdua terus bahagia, sayangi-menyayangi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain hingga ke Jannah.
Sumber: Instagram Nora Danish
Tambah Nora, dia juga berterima kasih kepada suaminya dan dia berharap agar Tuhan sentiasa merahmati hubungan mereka berdua.
Namun yang mencuit hati peminat apabila Nora mendoakan semoga Nedim sentiasa melihat Nora sebagai seorang wanita yang cantik selama-lamanya.
Sumber: Instagram Nora Danish
Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada tahun 2017 dan hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan selebriti itu. Moga Nora dan Nedim sentiasa bahagia hingga ke syurga.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: DNQ
Leave a Reply