“Macam Wati Sembilu” – Wajah Terkini Anak Erra Fazira Dipuji Netizen

Baru-baru ini, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira telah memuat naik perkongsian terbarunya yang menarik perhatian ramai peminat.

Menerusi perkongsian itu, Erra telah memuat naik video sambutan hari ulangtahun serta ucapan kelahiran puterinya iaitu Engku Aleesya.

Cepat betul masa berlalu, kini Aleesya telah pun berusia 13 tahun. Menerusi kapsyen posting tersebut, Erra sangat bersyukur dengan kehadiran Aleesya di dalam hidupnya dan melihat Aleesya membesar merupakan satu memori indah Erra sebagai seorang ibu. Erra turut mendoakan yang terbaik buat anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Erra juga mengambil kesempatan itu untuk mendoakan semoga anaknya membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam kehidupannya. Makin lama makin cantik Aleesya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah Aleesya semakin iras dan cantik seperti ibunya. Ada juga peminat yang mengatakan Wajah Aleesya sangat sama dengan wajah Erra ketika berlakon dalam filem Sembilu.

Netizen juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapan ucapan selamat hari lahir kepada Aleesya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: DNQ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*