Malu Terjumpa Yang Pakai Baju Sama Di Dalam ‘Flight’, Lelaki Terpaksa Menyorok Di Belakang Rakan

Sesiapa sahaja mesti akan berasa kekok sekiranya terserempak dengan mereka yang memakai baju sama dengan kita kan? Biasanya ada yang akan menyorok atau melarikan diri gara-gara malu jika kejadian itu berlaku di tempat yang ramai orang.

Sama macam situasi yang dikongsikan ini apabila lelaki ini terserempak dengan seorang lelaki yang memakai baju sama dengannya. Lebih melucukan lagi, kejadian itu berlaku semasa mereka berada di dalam kapal terbang sekaligus membuatkan lelaki itu tidak dapat melarikan diri.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang sedang berada di dalam kapal terbang itu bersama rakan-rakan yang lain. Turut dapat dilihat, para penumpang yang baru sahaja memasuki pesawat itu dan duduk di tempat masing-masing.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah gelagat lelaki itu yang kelihatan malu dan cuba menyorokkan diri di belakang rakannya. Rupa-rupanya, terdapat seorang lagi lelaki di dalam penerbangan itu yang memakai baju sama seperti yang dipakainya ini.

baju

Mungkin gara-gara malu dengan situasi tersebut, lelaki itu berusaha menyembunyikan dirinya dengan bantuan rakannya itu. Kegigihannya ini turut membuatkan rakan-rakan lain ketawa melihatnya ditambah pula dengan reaksi lelaki itu yang malu dengan apa yang terjadi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur melihat gelagatnya ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga rakannya itu sanggup membantu dalam situasi yang memalukan itu.

“Hahahaha nasib pakai face mask bang.”

lelaki

“Selalu perempuan je malu baju sama. Laki pun eh?”

baju sama

“Face mask tu kalau boleh tarik sampai tutup mata. Kurang sikit malunya.”

komen

“Aku pernah kena juga, beli tempat mahal tapi jumpa pulak orang pakai sama.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*