Pemuda Kongsikan Pernah Beli Laptop Harga RM800, Cuma Berat Macam Gajah.

SUSULAN video tular seorang pensyarah wanita mengherdik pelajarnya kerana tidak mempunyai laptop untuk sesi pembelajaran secara online dan mendakwa ia boleh dibeli pada harga RM800, pelayar media sosial tampil mempersoalkan harga pasaran peranti tersebut.

Malah, rata-rata netizen menyatakan harga laptop baru yang paling murah adalah sekitar RM1,600 manakala RM1,000 untuk secondhand.

Justeru, ramai yang mempersoalkan di mana pensyarah berstatus profesor itu mendapatkan harga RM800.

Persoalan itu bagaimanapun dijawab seorang pelayar Twitter yang pernah membeli laptop dengan harga RM800 dari aplikasi e-dagang terkemuka, Shopee.

Persoalan yang ditimbulkan seorang pelayar media sosial.

Persoalan yang ditimbulkan seorang pelayar media sosial.

“Pernah beli laptop RM800 di Shopee. Rasa macam refurbished. Boleh la nak buat kerja apa semua. Cuma laptop berat macam gajah beli pun sebab memang desperate nak pakai sebab takde laptop masa tu.”

Ketika dihubungi mStar, pelayar tersebut Nazrul Hafiz Ahmad Misman menyatakan laptop berkenaan dibeli pada tahun 2020 untuk tujuan bekerja.

“Saya memang ada komputer untuk buat kerja, tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lama sangat, saya jadi bosan sebab tiada orang untuk teman saya bercakap,” ujarnya.

Ekoran itu, bekas pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor, membuat keputusan untuk membeli laptop yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Resit pembelian turut dikongsikannya.

Resit pembelian turut dikongsikannya.

Menurut anak muda berusia 27 tahun itu, laptop yang dibeli adalah refurbished ataupun dibaiki semula ke tahap optimal dan hanya menggunakan Core i5, SSD 32gb dan HDD sebagai storan namun masih dalam keadaan baik dan Microsoft Office boleh digunakan.

“Saya juga cuba muat turun permainan Dota untuk uji sejauh mana laptop tu boleh pergi… apa yang boleh saya simpulkan adalah, dengan low specs settings, saya boleh main permainan tersebut,” jelasnya yang bekerja sebagai Quality Assurance.

Bagi seorang lagi bekas pelajar UiTM dari kampus Lendu Melaka, dia merasakan alasan ‘tidak mampu membeli laptop’ adalah tidak wajar.

Jelasnya yang hanya ingin dikenali sebagai Fia Fika, sebagai pelajar yang datang dari keluarga susah seperti pelajar dalam insiden video tular itu, dia sanggup menggadaikan cuti semester dengan bekerja.

“Saya belajar UiTM Lendu batch 2009/2010 dalam bidang Pelancongan dan Pengurusan Hotel. Masa tu saya beli laptop secondhand jenis Dell yang berharga RM1,600… guna duit sendiri, kumpul duit gaji hasil kerja sambilan sebab mak lagi miskin berbanding sekarang ini.

Fia Fika akui pernah hidup susah dan terpaksa lakukan part time untuk membeli laptop.

Fia Fika akui pernah hidup susah dan terpaksa lakukan part time untuk membeli laptop.

“Zaman dulu laptop lagi mahal berbanding sekarang, jadi untuk memilikinya… setiap cuti semester saya akan bekerja selama dua bulan penuh, boleh ada duit belanja untuk semester baharu.

“Kalau harap PTPTN RM2,500 untuk tempoh empat bulan tak cukup. Jadi ‘tiada alasan tidak mampu beli laptop’,” tegasnya yang turut komen berkenaan isu pensyarah tular tersebut.

Laptop zaman dahulu lebih mahal walaupun secondhand.

Laptop zaman dahulu lebih mahal walaupun secondhand.

Dia juga menyatakan, kesusahan yang dialami itu menyebabkan ibu dan bapanya tidak dapat menghantar dia ke kolej malah terpaksa membawa semua barangan keperluan dengan menaiki bas.

Malahan, dia turut mempertikaikan kenapa pelajar zaman sekarang boleh membeli telefon yang berharga RM3,000 tetapi tidak mampu membeli laptop berharga sekitar RM800 hingga RM900.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*