Fizo Omar Kongsi Foto Isteri Berhijab, Ini Reaksi Netizen

Perkongsian foto isteri kepada usahawan serta pelakon terkenal, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri yang cantik berhijab di laman Facebook mencuri perhatian wargamaya.

Tampil berhijab?

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Fizo di laman media sosialnya, memaparkan isteri tersayang cantik memakai hijab ketika menghadiri kursus selama empat hari.

Foto yang dikongsi meraih pujian daripada netizen dan mereka pada masa yang sama turut mendoakan supaya Fazeera istiqamah dalam menutup aurat.

Difahamkan foto tersebut telah dimuat naik dua hari yang lalu dan kursus tersebut turut dihadiri oleh adiknya dan seorang rakan yang lain.

Sekadar info, selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Fizo Omar

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*