“Memiliki You Hal Yang Terindah & Sempurna…” – Ucapan Aidil Aziz Untuk Fasha Sandha Sempena ‘Anniversary’ Keempat

Bersempena ulang tahun perkahwinan, pelakon Aidil Aziz ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta yang juga merupakan aktres terkenal, Fasha Sandha.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aidil memanjat rasa syukur apabila mahligai cinta yang dibina bersama Fasha kini sudah genap menjangkau 4 tahun.

Di samping mengimbau kembali foto perkahwinan, Aidil menyifatkan, memiliki Fasha sebagai isteri adalah perkara terindah.

“Happy anniversary sayang yang ke-4. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kurniaan yanb Allah berikan pada i. Memiliki you adalah hal yang terindah & sempurna dalam hidup,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berharap agar rumah tangganya bahagia harmoni dan mendapat rahmat Yang Maha Esa.

“Semoga Allah terus tambahkan lagi rezeki kebahagiaan & cahaya mata pada kita di masa kini & mendatang.

“Terima kasih untuk segalanya isteriku @fashasandha. Semoga Allah sentiasa merahm4tihubungan kita sampai ke syurga.Aamin,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.

Komen Netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*