Lokasi Gerai Nasi Lemak Sebelah ‘Roadblock’ Jadi Tumpuan, “Tempat Yang Strategik…”

Selalunya setiap kali ternampak roadblock atau sekatan jalan raya, mestilah ramai yang akan berasa cuak walaupun tidak ada melakukan apa-apa kesalahan. Bagi mereka yang ada membuat salah, tentunya satu mimpi ngeri untuk terserempak dengan roadblock polis seperti ini.

Baru-baru ini pula, satu situasi melucukan berlaku apabila lokasi sebuah gerai nasi lemak ini yang dikatakan begitu strategik oleh netizen. Semuanya gara-gara lokasi gerai itu yang terletak betul-betul bersebelahan dengan roadblock yang sedang dijalankan.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan situasi yang berlaku baru-baru ini semasa dia berhenti membeli nasi lemak. Apa yang menarik perhatian ramai ialah lokasi gerai tersebut yang begitu strategik di dalam situasi itu.

Turut kelihatan, gerai nasi lemak itu yang bersebelahan dengan roadblock yang sedang dijalankan oleh pihak polis. Sehinggakan ada yang berseloroh lokasi itu begitu strategik dan pastinya menarik perhatian mereka yang ingin melalui jalan tersebut.

gerai

Dalam masa yang sama, turut kelihatan beberapa pelanggan yang sedang menunggu nasi lemak yang disiapkan oleh pemilik gerai. Melihat situasi ini, ramai pula yang turut memuji idea pemilik gerai yang memilih untuk berniaga di situ.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh pastinya ramai pelanggan yang beratur di gerai nasi lemak itu sebaik sahaja melihat roadblock yang sedang dilakukan itu.

“Kalau dah 2 jam berhenti baik kau buat part time je bang dengan mak cik tu…”

roadblock

“Mak cik dah lama rancang kita je lalai.”

nasi lemak

“Mak cik tu pun bagus buat slow slow je.”

komen

“Tempat yang strategik.”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*