Niat Mia Ahmad Mahu Kongsi Tips Dine-In Dengan Anak, Tapi Dipersoal Pula…

Usaha pelakon Mia Ahmad untuk mengelak dari anak-anaknya leka bermain dengan gajet diteruskan dan baru-baru ini dia berkongsi tips berguna dari pengalamannya.

Mia menerusi akaun laman sosialnya berkongsi tips membawa anak makan di luar atau ‘dine-in’ bagi mengelak dari mereka bermain gajet.

Dalam perkongsian video itu, Mia menyenaraikan beberapa tips yang berguna seperti:

“Jangan bagi makan 3 jam sebelum pergi dine-in, junk food pun jangan diberikan

Pilih tempat dine-in yang luas dan jauh dari orang lain, private room better

Standby color pencil, crayon, kertas kosong atau mainan kesukaan mereka

Biar mereka explore, suka hati nak buat apa asalkan jangan mengganggu orang lain”

Tambah Mia lagi, dia menggalakkan ibu bapa untuk menjadikan gajet sebagai alat untuk belajar sahaja bukan menggantikan ‘real play’ anak-anak.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji tips yang berguna untuk mereka sebagai ibu bapa.

Namun terdapat seorang warga maya yang menyuarakan pendapatnya ada tips yang dikongsikan tidak sesuai untuk golongan B40 seperti mereka.

“Untuk golongan B40 yang tak mampu tempat macam ni, macam mana nak kawal mereka Kak Mia?

Kadang-kadang beri juga gajet terpaksa…,” komen salah seorang netizen.

Mia tidak mendiamkan diri malah turut tampil dengan komen balas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

“Saya expect (dah jangka) comment ni.. saya sangat faham..

“Saya ada bagi beberapa tips boleh pilih salah satu. Gadget ni mcm paink1ller for kids hopefully beri manfaat,” jawabnya.

Sebelum ini, Mia ada berkongsi mengenai masalah percakapan atau ‘speech delay’ yang dialami anak pertamanya Sayf Issa, 3, akibat membiarkannya bermain dengan gajet sejak bayi.

Mia yang mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd. Izham Tarmizi pada 2017 dikurniakan dua orang anak iaitu Issa, 3, dan Iris, 1.

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*