Nama pelawak Shuk Sahar rasanya bukan asing lagi dalam dunia seni. Kontroversi yang berlaku melibatkan rumah tangganya benar-benar meranapkan kerjaya seni yang ketika itu berada di puncak selepas pelbagai pendedahan tentang kecurangannya dibongkar.
Kisah kecurangan selebriti itu juga bukan lagi rahsia setelah pelbagai bukti tular di media sosial apabila beberapa pihak termasuklah isterinya sendiri memuat naik ke Instagram sehingga Shuk hebat dikecam netizen.
Selepas beberapa bulan senyap dan tidak langsung aktif di Instagram, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah memuat naik satu kenyataan di Insta Story seakan menegur seseorang.
“Hidup janganlah dijadikan content,” tulisnya ringkas.
Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak dapat dipastikan dituju kepada siapa kerana ia hanya sekadar posting yang tiada lanjutannya.
Posting terakhir selebriti itu di Instagram juga lebih banyak bersama rakan-rakan dan membuat konten nasihat untuk memberi pengajaran kepada semua.
View this post on Instagram
Terdahulu, isteri Shuk, Rossa Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah ada memuat naik satu video di TikTok dengan menunjukkan tangkapan layar dia dihubungi oleh seseorang yang seakan mahu memujuknya.
Ramai yang memetik nama Shuk kerana Sera telah meninggalkan kapsyen meminta para suami menghargai isteri sementara mereka masih ada.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut menjelaskan apa yang ditulis dan dikongsikan hanyalah sekadar konten bagi mempromosikan produk perniagaannya.
Diharap perkongsian yang dibuat oleh mereka hanyalah kebetulan dan tidak ada kena mengena antara satu sama yang lain.
Semoga masalah antara pasangan suami isteri ini juga dapat diselesaikan kerana sudah lama ia berlarutan dan membuatkan netizen mulai muak dengan posting-posting masalah rumah tangga mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply