“Dit3ngking Dah Dih4lau,” – Baby Shima Kecewa Dengan Abang Baju Putih Berkaca Mata

Baby Shima kec3wa dengan sikap seorang lelaki yang bersikap kas4r dan men3ngkingnya ketika dia memenuhi undangan nyanyian di sebuah program anjuran kerajaan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Perlis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kopi Dangdut ini berkata, dia tidak minta dilayan seperti orang kenamaan tetapi menitik beratkan adab sebagai manusia.

Menerusi perkongsian di media sosial, Shima mendakwa lelaki terbabit cuba menyek4t dan menghalaunya ketika memenuhi undangan nyanyian di acara itu.

“Kepada abang baju putih berkaca mata, saya datang ‘event’ di Perlis untuk membuat persembahan, sepatutnya saya kena ‘ready’ di ‘booth’ dan belakang pentas lebih awal, hidup tu biar berad4b.

“Saya ni kalau orang baik saya hormat, tapi orang cari pasal saya tak akan diam! Bukan saya saja, sebab awak kerja orang lain tergendala!

“Ramai saksi kat sana, awak tolak pintu tu tadi dengan kas4r dan t3ngking saya! Nampak cara awak macam mana! Cakap baik-baik nak masuk tapi tunjuk lagak!” tulisnya.

Menerusi perkongsian yang sama, Shima menegur cara dan sikap kurang adab dan berharap situasi seperti itu tidak berulang lagi.

“Dalam hidup ini, orang ada pangkat atau tidak, adab kena jaga. Saya tak harap layanan VIP (orang kenamaan). Saya datang untuk bekerja dan menjalankan tugas yang sudah dipersetujui.

“Saya bukan suka-suka nak masuk dewan tu, tapi semua atas tuntutan kerja. Saya harap, kejadian seperti ini tak berulang,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*