Amran Tompel meningg4l dunia4

DUNIA hiburan dikejutkan dengan pemergiaan bintang seni tanah air iaitu Amran Aman Ramli atau Amran Tompel pada kira-kira pukul 4.43 petang, Sabtu.

Arwah meninggal dunia semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Menerusi kenyataan Persatuan Seniman, Allahyarham yang berusia 72 tahun itu sepatutnya menghabiskan tempoh kuarantin pada Sabtu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air, Amran Aman Ramli @ Amran Tompel telah kembali ke rahmatullah.

“Arwah meninggal dunia dunia akibat sakit kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama,” tulis kenyataan tersebut.

Difahamkan jenazah abang kepada pelakon AR Badul itu kini dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut.

Allahyarham yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 meninggalkan empat orang anak hasil perkahwinan dengan isteri beliau.

Pada tahun 1987 Amran Tompel tampil dengan filem pertama lakonan beliau iaitu filem Keluarga 69 sebagai watak Joe.

Seterusnya beliau juga ada membintangi beberapa buah drama dan filem antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

“Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej  WhatsApp berkenaan kematiannya.

“Kematiannya berpunca dari kanser usus, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan jalani kuarantin.

“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.

Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber:mstar/hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*