Syura Dah Maafkan Siti Nordiana, Tapi Susah Nak Melupakan

Penyanyi, Syura Badron, 35, yang berdepan saman daripada penyanyi, Siti Nordiana sudah memaafkan segala persengketaan di antara dia dan penyanyi itu.

Syura berkata, walaupun hatinya berlapang dada memaafkan sahabat yang dikenali sejak berusia 13 tahun itu, tetapi untuk melupakan segala hal yang terjadi masih sukar.

Foto: IG

“Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan orang lain. Saya dengan Siti Nordiana bukannya kenal setahun dua. Kami kenal sejak usia saya 13 tahun, manakala dia berusia 15 tahun.

“Sudah lama kami berkawan dari zaman remaja lagi. Jadi, bila kawan-kawan ada buat masalah sudah tentulah memaafkan itu sentiasa ada dalam hati, tapi untuk melupakan itu bagi saya terlalu peribadi,” katanya.

Menurut Syura, dia bersama empat lagi rakan yang turut berdepan saman iaitu penyanyi, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad sudah cuba untuk menjernihkan hubungan persahabatan dan cuba untuk berdamai ketika proses mediasi, namun gagal menemui jalan terbaik.

“Nak berbaik perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadi, kami sudah terbuka untuk selesaikan perkara ini. Sebab itulah adanya proses mediasi dan sewaktu sesi itu dijalankan kami sudah luahkan segala-galanya. Namun, nampaknya kami tak dapat kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak.

“Apabila tak setuju dan kes masih berjalan jadi kami teruskan saja. Namun, kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya secara peribadi sudah memaafkan segala apa yang terjadi.

“Cuma daripada pihak dia saya tak tahu macam mana. Apapun saya harap peminat dapat mendoakan bukan hanya saya tapi untuk pihak dia juga. Mudah-mudahan kami dapat keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Kes saman fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*