Pembantu Rumah Tamat Perkhidmatan Dan Balik Indonesia, Perkongsian Eina Azman Bikin Ramai Tersentuh

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 27 akui berasa sedih apabila pembantu rumahnya, Megawati bakal menamatkan perkhidmatannya dan pulang ke kampung halaman di Acheh, Indonesia tidak lama lagi.

Menurut Eina, Megawati merupakan pembantu rumah yang telah berjasa buat keluarganya sepanjang lima tahun ini.

Katanya lagi, hatinya bertambah tersentuh apabila mereka meraikan hari lahir Megawati yang ke-25 tahun baru-baru ini.

“Selamat ulang tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke-25 tahun. Terima kasih atas segala apa yang kamu berikan untuk keluarga saya.

“Saya sedih sebab ni birthday mega yang terakhir sebelum Mega balik ke Acheh selepas lima tahun berkerja dengan saya,” kongsinya di Instagram.

Pelakon drama The Hotel itu turut mended4hkan dirinya berkemungkinan bakal berdepan masalah untuk mencari pembantu rumah sebagus Megawati.

“Mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh. Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu.

“Post ni special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu. Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@eina_azman)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji layanan mesra Eina terhadap para pembantu rumahnya.

“Ya Allah baiknya Datin Eina dengan bibik-bibik dia. Tak berkira langsung. Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki Datin Eina seperti air mengalir.

“Alaa, comelnya anak Datin. Pegang-pegang je muka bibik time nangis tu. I’m touching.

“Majikan yang sangat baik dan cantik. Terbaik dik. Semoga menjadi contoh di luar sana. Kita baik orang pun baik dengan kita.

“Datin Paduka sekeluarga sangat baik hati. Mesti bibik pun berat hati nak pulang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.

Komen Netizen:

Sumber: Instagram Eina Azman via MH

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*