Buat-Buat ‘Sengau’, Wanita Tunjukkan Cara Jawab Panggilan ‘Sc4mm3r’

Sesiapa sahaja mesti pernah menerima panggilan dari scammer di mana ramai yang cukup malas mahu melayan mereka ini. Sama macam situasi yang dikongsikan wanita ini apabila dia menjawab panggilan dari seorang scammer namun gayanya menjawab ini pula yang menarik perhatian.

Semuanya gara-gara cubaan wanita itu yang menjawab dengan suara yang sengau dan kurang difahami. Malah video tersebut juga tular dikongsikan di mana ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan wanita itu sedang menjawab panggilan telefon semasa dirakamkan. Menurut pemilik video, wanita itu menerima panggilan daripada scammer bank yang ingin bercakap dengan wanita itu.

Lebih melucukan, wanita tersebut kemudian bercakap dengan suara yang sengau gara-gara malas mahu melayan kerenah scammer tersebut. Biasanya panggilan seperti itu bahaya untuk mangsa di mana mereka mungkin akan ditipu oleh scammer yang mahukan duit mereka sahaja.

Dalam masa yang sama, dia juga masih meneruskan panggilan itu dengan suara yang kurang jelas difahami untuk membuatkan scammer itu berputus asa.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat gelagat selamba wanita itu. Namun ada juga yang turut memberikan pujian di atas idea yang boleh digunakan oleh yang lain sekiranya perlu menjawab panggilan dari scammer kelak.

“Mulut saya tengah sakit ni jangan lah buat saya gelak.”

scammer

“Saya pun kadang kena jugak no telefon tak dikenali call…”

wanita

“Google pun tak paham.”

komen

“Scammer auto insaf lepas tu.”

tik tok

 

Sumber : HCL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*