“RM120,000 lesap” – Zynnakal ‘Putih Mata’, Duit Di’songlap’ Individu Yang Rapat Dengannya

HARAPKAN pagar, pagar makan padi… Itu yang terjadi kepada penyanyi Zynakal yang kerugian lebih RM120,000 gara-gara disonglap oleh individu yang rapat dengannya.

Bagaimanapun, Zyn, 23, yang masih terkejut dengan perkara itu menafikan ia ada kaitan dengan mana-mana syarikat rakaman atau pihak pengurusannya.

“Cukuplah saya katakan ia tidak ada kena-mengena dengan mana-mana syarikat pengurusan atau rakaman.

“Kes ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi.

“Apa tindakan yang akan saya ambil juga tak perlulah cerita kerana takut nanti individu tersebut akan tahu pergerakan saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

zynakal 2

Zyn mendedahkan dia ditipu kenalan rapat

Berkongsi lanjut hal itu, penyanyi lagu Sakit ini berkata, dia mula menghidu wujudnya penyelewengan berkenaan sejak hujung tahun lalu.

Katanya, duit yang diambil itu juga adalah hasil titik peluhnya dalam bidang seni.

“Saya dah mula sedar duit saya hilang sejak hujung tahun lalu.

“Kebanyakan wang tersebut adalah hasil daripada pendapatan saya dalam bidang seni,” ujarnya.

Zyn pada malam Rabu meluahkan rasa marah di media sosial berkaitan kehilangan duit royalti lebih RM120,000.

Dia juga berkongsi paparan skrin aplikasi perbankan yang menunjukkan baki akaun berjumlah RM19.15.

Katanya, tindakan kenalannya itu melampau dan perlu diambil tindakan.

“Lama sangat aku diam tapi bagi muka kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh halalkan, tetapi kes ini segala duit aku hilang.

“Ni kau nak aku makan apa?” tulis Zyn.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*