TERKILAN dan sedih dengan kecam4n netizen, penerbit dan pengarah Erma Fatima merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak.
Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video berahi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak.
Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.
“Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya samp4h.
“Itu hukum4n yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.
“Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan.
Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran.
“Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya samp4h
Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.
“Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasat4n tersebut.
“Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini,” ujarnya.
Sementara itu Erma juga meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.
Zul Ariffin telah memohon maaf susulan video yang dimuat naik
“Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral.
“Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula.
“Jadi janganlah terlalu hip0krit hendak hent4m saya apabila terjadi kes sebegini,” jelasnya.
Isu babak panas Zul tercetus pada Jumaat lalu apabila aktor itu berkongsi klip memperlihatkan aks1 gha1rahnya bersama pelakon baharu Siti Hariesa.
Perkara ini juga mendapat perhatian Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (K-Kom) dan Zul juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SKMM.
SUMBER: MSTAR
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber :http://limauasamboi.pw
Leave a Reply