Nikki Palikat Diberi Mandat Nyanyi Lagu Terakhir Arw4h Siti Sarah

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin pada penghujung tahun lalu diratapi seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang terkesan dengan berita kematian Allahyarham apatah lagi selepas ketiadaannya ramai tampil mendedahkan sikap baik arwah.

Kehilangannya turut dirasakan pembikin lagu yang sudah pun berjanji untuk bekerjasama menerusi lagu. Penyanyi dan komposer Naim Daniel pernah mengatakan arwah sepatutnya menyanyikan lagu ciptaannya.

Bagaimanapun, projek Naim bersama arwah tidak kesampaian apabia Sarah pergi dahulu sebelum sempat merakamkan lagu berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nikki Palikat (@nikkipalikat)

Berdasarkan laporan Gempak, selepas beberapa bulan dalam simpanan, karya berjudul Sudah itu akhirnya diamanahkan kepada Naib Juara Gegar Vaganza musim ke-8 iaitu Nikki Palikat.

Shuib menerusi Instagram memuat naik video arwah sedang berlatih dan menulis kapsyen berterima kasih kepada Nikki kerana sudi menyanyikan lagu berkenaan.

“Alhamdulillah, akhirnya sayang lagu AJL awak dah ada yang nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan. Lagu yang terlalu indah Naim Daniel,” tulisnya.

Nikki turut mengulang siar video yang sama dan menzahirkan rasa terharu atas kepercayaan yang diberikan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Wanita itu menyifatkan mandat itu adalah anugerah besar buat dirinya apatah lagi dia sendiri mengagumi bukan hanya vokal tetapi juga keperibadian arwah Sarah.

Lagu Sudah bakal dilancarkan di semua platform digital pada 25 Mac nanti.

 

Sumber : CARI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*